GOPENG: “Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Lebih menyedihkan, ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir putus dua akibat digilis treler.”
Itu kata Abdul Nasir Abdul Rahman, 49, rakan empat pekerja kontraktor syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah treler lebih 10 tan berhampiran Kilometer 294.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi yang turut menyebabkan enam parah itu, treler membawa coklat terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang melakukan tugas pemasangan kabel optik TIME dotCom di bahu lebuh raya.
Treler itu turut merempuh empat kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, van, pacuan empat roda dan kereta Proton Iswara yang dinaiki semua mangsa untuk ke tempat mereka bekerja.
HM
Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shakin Baru, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kampung Masjid, Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur yang mati di tempat kejadian.
al fatihah kepada allahyarham2...
BalasPadampemandu2 treller memang didapati memandu sangat laju lebih2 lagi antara 12.00 tengah malam ke 6.00 pagi...musibah ini antara akibat pemanduan laju dan tidak berhemah
kementerian berkaitan fikir2kanlah bagaimana cara bagi mengatasi gejala pemanduan oleh 'pemandu pembunuh' ini..
berapa jauh kon di taruh sebagai tanda ada orang berkerja,ikut gambaran hanya di belakang tiga kenderaan aja.Berapa kah jauh jarak yang sepatut nya >harap ada penjelasan dari yang arif.
BalasPadam