Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berpendapat, jika Mufti Perak,
Datuk Harussani meminta Nutul Izzah Anwar bertaubat kerana kenyataannya,
dia (Harussani) juga harus bertaubat juga.
"Bagi saya dia (Nurul
Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar.
Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak
sokong perjuangan Islam," kata Ustaz Harun Taib (gambar).
Ustaz
Harun berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan tentang kenyataan
Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana berkata, tidak ada
paksaan dalam agama.
Bagi Harun, isu ini perkara biasa sahaja, "kita tak ambil berat isu itu, itu perkara biasa sahaja."
"Tanyalah
benda yang lebih besar lagi misalnya yang (Tun Dr) Mahathir buat yang
(Datuk Seri) Najib buat," kata Harun ketika diasak oleh wartawan
mengenai isu itu dalam sidang media selepas perasmian Muktamar Dewan
Ulamak PAS hari ini.
Menurutnya, Nurul Izzah membuat kenyataan, kebebasan itu tidak terhad kepada orang tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa.
"Misalnya
orang Melayu sebelum masuk Islam dia bebas tetapi yang sudah masuk
Islam, dia tidak bolehlah nak masuk Kristian ke," jelas Ustaz Harun.
Ketika
ditanya kenyataan Nasharudin Mat Isa yang dikatakan meminta Nurul Izzah
juga bertaubat, Ustaz Harun berkata, "Nasharudin dia punya
pasal...Nurul Izzah nak bertaubat, apa kesalahan dia. Cuba nyatakan
apakah dia kesalahan Nurul Izzah yang nyata."
Konflik pemahaman agama sekarang ni sangat membimbangkan..rakyat menjadi mangsa kerana kekeliruan yang dibuat oleh sesetengah yang menganggap diri ulamak
BalasPadamIklan Jawatan Kosong Terkini KLIK SINI