Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa syarikat anak bekas pimpinan Umno
Johor antara yang mengendalikan saman Sistem Peguatkuasaan Automatik
(AES).
Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Chang Lih Kang berkata
salah satu syarikat yang mendapat projek AES adalah Beta Tegap Sdn Bhd
dimana pemegang saham terbesar syarikat itu adalah anak bekas Ketua
Bahagian Umno Parit Sulong.
Katanya, ibu pemilik saham syarikat
berkenaan merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli
Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.
Manakala katanya, pemegang
saham kedua terbesar dikatakan pernah mendapat kontrak pada 2005 dari
Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.
"Apakah
ini secara kebetulan? Kedua-dua kementerian ini di bawah menteri MCA.
Apakah ada hubungan rahsia antara pemegang saham kedua terbesar dengan
MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal
beliau dalam sidang media di lobi Parlimen.
Setiausaha Agung MCA,
Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden
MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.
Beliau turut menunjukkan salinan maklumat berkenaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Maklumat
tersebut menyatakan, Rozana Redzuan adalah Pengarah Beta Tegap dan
memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak
sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.
Ahli
Parlimen Selayang, William Leong berkata, ternyata melalui maklumat ini
menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari
kerajaan.
Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.
Sebelum
ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi
antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali,
Ates Sdn Bhd.
Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman
dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta
hasil kutipan saman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan