Kembara Oren terpaksa dihentikan serta merta di Negeri Sembilan apabila seorang pesertanya dipukul dengan kayu sehingga pengsan.
Dalam
kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, Ketua Penerangan Anak, Naraza
Muda (gambar) cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul menggunakan
sebatang kayu yang tajam.
Konvoi Kembara Oren dihalang di jalan utama sebelum masuk ke kawasan
Felda menyebabkan berlaku pertengkaran dan Naraza dipukul sehingga
pitam.
Selain itu, kenderaan Storm milik Anak juga diserang dengan kayu sehingga cerminnya pecah.
Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol.
Kejadian tersebut juga menyebabkan Kembara Oren dihentikan serta
merta kerana mendapat maklumat sekumpulan samseng sudah menunggu mereka
dengan besi dan kayu tajam.
Ikuti sebahagian rakaman serangan tersebut di sini.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan serangan
Kembara Oren Selamatkan Felda di Negeri Sembilan sebagai paling teruk
sepanjang siri kembara ke beberapa buah negeri sebelum ini.
Timbalan Presiden Anak, Aris Fezol berkata demikian ketika diminta
mengulas kejadian peserta Kembara Oren dipukul oleh sekumpulan samseng
di Felda Bukit Rokan Utara, semalam.
“Sebelum ini Kembara Oren memang disekat dan dihalang masuk tapi di
Negeri Sembilan keadaan paling teruk kerana menyebabkan kecederaan
peserta kita,” kata beliau kepada Harakah Daily hari ini.
Mengulas lanjut, Aris tidak menafikan serangan tersebut dilakukan
kerana Negeri Sembilan merupakan negeri Pengerusi Felda, Tan Sri ISa
Samad dan Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad.
Aris tidak menafikan serangan tersebut dilakukan kerana Negeri
Sembilan merupakan negeri Pengerusi Felda, Tan Sri ISa Samad dan
Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad.
“Pihak Felda sudah hilang pertimbangan kerana terlalu banyak pendedahan buruk mengenai mereka dibuat oleh Anak.
“Mereka tidak ada cara lain selain menggunakan keganasan,” katanya.
Tegas beliau, kejadian sedemikian tidak akan berlaku jika pihak polis bertindak tegas terhadap kumpulan yang menyerang.
“Mereka berani buat sebab polis tak ambil apa-apa tindakan, hanya sekadar menjadi pemerhati.
“Selepas laporan polis dibuat di Perak semasa Kembara Oren diserang,
tak ada apa-apa tindakan diambil dan ini menggalakkan pihak tertentu
terus melakukan serangan,” katanya dipetik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan