Saban hari Umno/BN mencari jalan bagaimana untuk menghancurkan hubungan DHPP dengan PAS...Untuk itu surat khabar Syaitan Yang Dikenali berusaha meregang hubungan baik ini..Seperti tulisan di bawah ini...
PAS Kelantan kini bersikap sebaliknya terhadap penyokong bukan Islam
mereka dengan menuduh mereka sengaja melemahkan pendirian Islam parti
itu dengan melemparkan kritikan terhadap tindakan yang diambil terhadap
orang bukan Islam baru-baru ini.
Bagaimanapun, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hanya mahu mencari
jalan keluar terbaik dalam mempertahankan hak orang bukan Islam
terutamanya dalam isu kontroversi yang melibatkan khalwat.
Penolong Setiausaha Agung dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin
Hassan menuduh Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw mempunyai 'niat jahat'
dengan mendedahkan kepada media berhubung tindakan yang diambil terhadap
orang bukan Islam yang melakukan perbuatan sumbang di khalayak.
Hu juga turut mengkritik tindakan saman yang dikeluarkan kepada
pekerja salon bukan Islam kerana memotong rambut pelanggan bukan Islam
yang berlainan jantina.
Dalam satu lawatan ke kawasanya di Bunut Puyong di sini, Takiyuddin turut mempertikaikan tindakan Hu dalam isu khalwat tersebut.
"Dia memberitahu pemberita bahawa majlis perbandaran tidak mempunyai
kuasa untuk mengeluarkan saman kerana mereka bukan pengawai penguatkuasa
kerana mereka hanya pembantu tadbir.
"Sangat jelas bahawa dia membuat kenyataan tanpa memeriksa fakta
terlebih dahulu. Pegawai majlis perbandaran mempunyai had kuasa. Jika
dia (Hu) tidak percaya saya, dia boleh menyaman majlis perbandaran.
"Saya mahu dia menyaman majlis perbandaran kerana mempunyai pegawai
yang tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang. Saya
sendiri bersedia untuk menjadi peguam bela bagi majlis perbandaran
nanti,” kata Takiyuddin yang juga seorang peguam.
Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, berkata DHPP sepatutnya memainkan
peranan mereka sebagai sebahagian daripada anggota parti.
Terdahulu dilaporkan bahawa Majlis Perbandaran Kota Baru-Bandaraya
Islam (MPKBI) telah
mengeluarkan saman terhadap dua orang bukan Islam
kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta
berhampiran Lapangan Terbang Sultan Islam tengah malam 31 Oktober.
Satu lagi saman dikeluarkan terhadap seorang remaja berusia 17 tahun
kerana menunggang motosikal bersama teman wanitanya yang berusia 15
tahun di Taman Tunku Anis pada pukul 5.30 petang, 20 Oktober lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan