Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri
tidak akan menurunkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
tetapi hanya menutupnya dengan satu sarung dalam operasinya pada Jumaat
ini.
Katanya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada tiga
langkah berperingkat yang diambil kerajaan Selangor dalam menangani
kontroversi mengenai kamera AES.
Khalid berkata Selangor
mengambil tindakan demikian memandandangkan Kementerian Pengangkutan
tidak mengendahkan surat oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS) agar
menurunkan kamera berkenaan.
"Mereka (MPS) tulis surat kepada
kementerian utk membetulkan proses mendirikan tiang-tiang AES itu.
Malangnya surat yang ditulis Yang Dipertua MPS tidak dijawab, tidak
diendah.
"Jika dalam dua minggu lagi, tidak ada lagi permohonan
dibuat kementerian pengangkutan, kita akan menanggalkan pembangunan
(tiang) itu dari asasnya," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini selepas satu majlis bersama sekumpulan ketua kampung.
Sementara
itu, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu ketika ditanya menyifatkan
langkah memasang sarung tersebut sebagai "semakan semula strategi".
"Ini
satu strategi yang disemak semula. Rakan-rakan media dijemput ke lebuh
raya SKVE jam 2 petang Jumaat ini," katanya merujuk kepada operasi
memasang sarung ke atas kamera AES Jumaat ini.
Beliau sebelum ini mengumumkan kerajaan Selangor akan menurunkan kamera AES yang dipasang di Selangor pada hari tersebut.
inilah kerajaan yg menjaga kebajikan rakyat bukan membebankan rakyat...tumbang ameno pd PRU 13 nnt
BalasPadamterima kasih dan syabas TS Khalid.....pemimpin ada class tp berjiwa rakyat dan lebih penting cukup murah dengan senyuman.Muhidin Kubur Panjang Kedah
BalasPadam