Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini
berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk
menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon
maaf secara terbuka.
Kumpulan
tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut
mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan
terperinci.
Kumpulan
motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah
hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri
Pentas.
Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di
pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get
out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".
Memorandum telah diserahkan
oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan
Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan