Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir adalah orang yang paling
bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah Melayu Pulau Pinang jika
benar Umno dan Barisan Nasional (BN) ikhlas mahu menolong mereka.
Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (gambar)
berkata, Dr Mahathirlah orangnya yang mendedahkan mengenai masalah
Melayu Pulau Pinang ketika beliau melawat Tanjung To' Kong dahulu.
"Siapa
yang mula buat cerita tentang peminggiran orang Melayu. Setahu saya ia
berlaku sejak di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir sendiri.
"Dia
kata orang Melayu Pulau Pinang terpinggir ketika melakukan lawatan ke
Tanjung To' Kong di Pulau Pinang, bila agaknya Ketua Menteri (Pulau
Pinang) Melayu?" tanya Rahman yang mengumumkan penyertaannya ke dalam
PAS baru-baru ini.
Kata Rahman, sejak dari dahulu Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Cina.
"Pasal apa timbul cerita Melayu dipinggir. Sebab Cina dulu bersubahat dengan Umno dia tidak dipersalahkan.
"Sekarang
ini Cina tidak sebulu dengan Umno kerana berkawan dengan PAS dan PKR
terus dicop tidak betul dan bertindak menghalau orang Melayu.
"Boleh bertukar sekelip mata sahaja," katanya dalam wawancara khas dengan Harakah.
Rahman memuji sikap yang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang dan menyifatkannya amat bijak dalam menguruskan negeri.
"Apa
yang dilaksanakan BN (sebelum ini) jelas memnunjukan mereka tidak bijak
mentadbir. Habis wang rakyat dipergunakan untuk pembinaan projek yang
tidak menguntungkan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk mengatakan
Malaysia megah tetapi pada hakikatnya dalam keadaan yang sakit tenat,"
katanya.
Pelbagai isu dibincangkan beliau dalam wawancara itu termasuklah
bagaimana beliau boleh tertarik dengan PAS dan apa penilaian beliau
terhadap PAS sekarang
saya menggharapkan pas tidak terpedaya dengan orang ini..setelah dia kehilanagan kuasa baru dia nampak pas,dulu masa ada kuasa betapa sombong sikapnya..
BalasPadamapa pun rakyat dapat tau juga pembohongan dan lakonan umeno be end
PadamIni sekor lagi mamak belukang tak sedar diri hidup dimalaysia.Jangan percaya le Depe ni dah meroyan kena doa dengan 50 ribu orang jemaah di kelantan tempoh hari.Suroh dia pi kat mamak maidin bukak satu kedai nasi kandaq kat chulia street hati ada,telor sotong ada,otak ada telor mamak tara
BalasPadamSetelah bertaubat janganlah kita menghina saudara kita yang perlu ditarbiah untuk mereka berilmu
BalasPadamdan menyesal dengan perkara yang mereka lakukan.
Allah maha pemurah lagi mengasihani kenapa pula kita tidak boleh menerima mereka dengan hati yang ikhlas ?Kita ini makhluk saja yang menentukan ialah Allah swt bukan kita.Kadang kadang orang yang bertaubat itu benar benar bertaubat dengan hati yang ikhlas.Hanya Allah saja yang mengetahuinya aaminnnnn.
Betul..sebaiknya kita terima mereka,sedangkan Allah maha pengampun,moga2 menjadi seperti Allahyarham Abdullah Omar OCPD Slim River yang bertaubat dan kembali Rahmatullah pagi tadi.Semoga taubatnya diterima dan dimasukkan kedalam golongan orang yang berjuang dijalan Allah..Cukup hebat ketentuan Allah Ini.
Padam