Khamis, 13 Disember 2012

Siapa Ahli Parlimen Letak Jawatan Kerana Jalin Hubungan Sulit..

Speaker Parlimen Singapura, Michael Palmer semalam mengumumkan peletakan jawatannya selepas beliau mengaku menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja komuniti.

Palmer, 44, yang sudah berkahwin dan merupakan bapa kepada seorang anak mula mengangkat sumpah sebagai speaker parlimen pada bulan Oktober 2011.

Beliau turut meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP).
"Saya telah meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesalahan besar yang saya telah dilakukan.

"Kelakuan saya tidak sopan dan ia merupakan kesilapan pertimbangan yang sangat serius. Saya telah meletakkan jawatan sebagai langkah untuk mengelakkan PAP dan Parlimen daripada mendapat malu," kata Palmer pada sidang akhbar.

Palmer mendedahkan bahawa dia mempunyai hubungan dengan seorang kakitangan sebuah organisasi komuniti, Persatuan Rakyat.

Beliau yang merupakan seorang peguam menyatakan kekesalan yang mendalam berhubung perbuatannya itu kepada para penyokong, PAP dan keluarganya.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang juga merupakan Setiausaha Agung PAP kemudian mengumumkan bahawa beliau menerima peletakan jawatan Palmer.

Hsien Loong berkata, anggota-anggota parlimen perlu mendukung keperibadian yang tinggi.

JuRaGan : Lu nasib talak baik maaa...kalu lu mali sini Malaya...lu punya gamba kuar dalam youtube selupa itu Chua manyak Sui punya olang lagi boleh jadi MCA punya pelesiden Ooooo...

4 ulasan:

  1. Kat negeri aku Mesia ni kalau semua orang politik mengambil sikap macam Michel Palmer ni alamatnya Parlimen tak cukup korum la Yeop. Dah lama kena buat pilihanraya baru....Kat negara aku ni setakat kongkek saja tak cukup, mestikan letupkan pulak dengan C4. Kat sini, keluar hard core x-rated video pun boleh terus jadi president party, kau orang tahu tak?

    BalasPadam
  2. Logoi Amah pun boleh jadi menteli lagi maaaaa..Negalaku yang kuCINGtaie!

    BalasPadam
  3. Lagi best,kisah di Melaka,Perogol boleh terus jadi KM.Peguam yang membela anak melayu masuk penjara 2 tahun dan hilang jawatan MP.Memang hebat negaraku Ini.

    BalasPadam
  4. apa khabar Chua soi lek? hang tak terasa apa2 ka??? Jenis tak tahu malu...kih kih kih..Din Kubur Panjang Kedah

    BalasPadam