Rabu, 12 Disember 2012

Zalimm..Thailand Sediakan Tempat Kubang Kerbau Utk Malaysia..

PADANG macam sawah padi! Itu nada kecewa disuarakan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal selepas melihat padang latihan yang digunakan Harimau Malaya di Bangkok, semalam.
Penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyediakan padang di Jaran Buraprat untuk skuad kendalian Datuk K Rajagobal menjalani latihan namun ia tidak seperti yang diharapkan.

Keadaan permukaan padang yang berlopak, rumput tebal boleh mengundang kecederaan kepada pemain dan lebih mengecewakan, padang awam itu tanpa tempat persalinan dan bilik air.
Bagi Subahan, beliau tidak menyangka AFF dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi layanan buruk kepada skuad kebangsaan yang dianggap boleh menjejaskan persiapan menghadapi Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF esok.

“Saya amat kecewa dengan padang latihan disediakan. Ketika Thailand datang ke Kuala Lumpur pada aksi pertama separuh akhir, kami beri layanan baik dengan menyediakan anggota polis dan stadium latihan tertutup tapi di sini mereka beri padang sawah kepada kita.

“Tindakan mereka langsung tiada semangat kesukanan, ini hanya merugikan masa latihan skuad kebangsaan di sini,” katanya.

5 ulasan:

  1. Takkan Harimau Malaya nak ikut ANGGUK dan ENGGEH je macam puak2 UMNgOk Be-eNd!

    Gini la kalo dapat pengurus dari pemimpin UMNgOk Be-eNd....wei, Datuk Subahan Kamal.....tunggu ape lagi, protes la kat FIFA ke AFC ke.

    Takkan nak suruh naik Barracuda lagi masuk stadium mcm Indonesia perLEMBUkan kita! Cukup2 la puak2 UMNgOk Be-eNd diLEMBUkan dek Kak Ijat... takkan Harimau Malaya pun nak di"NFC"kan...

    BalasPadam
  2. Ehh marah.. tu lah padang yg BeEnd sediakan utk PR dlm PRU... menang pun nanti ko jugak yg menyombong berlagak.. dah kalah player plak kena salah

    BalasPadam
  3. NANTI BILA2 LAK TEAM TAILEND DTG MSIA KITA BERI PADANG KANDANG BABI LAK ..KAT MESIA KAN BANYAK KANDANG BABI .SBB BN TAK KAWAL

    BalasPadam
  4. babilah puak-puak pas dan pkr ni, apa masalah korang ni, pasal ni pon nak politik jugak, tongong

    BalasPadam
  5. N3 dah bagus! Boleh bangkitkan semangat satu hati cintakan negara.

    Tapi malangnya anon-anon Pakatan ni dah rosak fikiran mereka dengan politik kebencian.

    Eemmmm alahai!...bagaimanalah kalau puak ini berjaya menguasai negara. Pasti rusuhan dan kekecohan melanda sepanjang masa !!

    BalasPadam