Selasa, 15 Januari 2013

Akhirnya Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM Bertindak..

Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

52. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi “haiwan bermasalah” yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar

7 ulasan:

  1. Aku malu bila seorang islam mengaku dia islam dan mengaku pula tidak islam sepenuhnya.....ini orang tidak layak beri ruang ke depan kerana sebenarnya dia manusia tidak berilmu dan seorang anak sah miskin.....huuuuu dahsyatnya kepalsuan dan kepuraan dia ni. Tahniah Bawani KS. Aku tabek spring dengan awak. Kalaulah aku dalam situasi awak sah aku lempang je dia tuuuu!

    BalasPadam
  2. minah tu perasan dia hebat konon, macam kena rasuk aja ,itu baru dengan pelajar dah jadi macam tak sedar

    BalasPadam
  3. Sokong tanpa nama 6:57. Memang minah tu perasan. iiiiii kalau boleh lempang baru puas hati sikit nih. Kenapa la org macam nih boleh terlepas masuk dewan tu ?

    BalasPadam
  4. Salam, walaupun dilatih bagitu keras dan tanpa belas kasihan dalam tentera, namun saya tidak pernah biadap dan In Shaa Allah akan penuh kasih pada pelajar dan siswa/siswi. Pada mangkuk tu ...Kamu bodoh sombong. Universiti bukan tempat indoctrinate cara kamu...elok ke padang ternak sahaja

    BalasPadam
  5. Bodoh pnyer sharifah!!!!
    Ad ke patot ye bndingkan mnusia ngn binatang???!!!bengong!!!!

    BalasPadam
  6. Kutuk je apehal...smua org bleh kutuk.takde kesan pun. Kasi banned itu sharifah masuk UUM lagi. Kasi post satu kampus / kedah banned minah ni.
    Tahniah Bawani

    BalasPadam
  7. Saya tak nampak salah Bawani. Dia bercakap berterus terang. Dia tidak kurang ajar. Tapi dia dimalukan Dan kalau diteliti apa yg perempuan tu cakap tak ilmiah lansung. Cakap sinis dan merendahkan org lain.

    BalasPadam