Isnin, 14 Januari 2013

Keputusan Terkini Majlis Syura Ulamak PAS..Tentang Kalimah Allah..

Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.


Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.


2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.


3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.




Tuan Guru Datuk Bentara Setia

Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia


Tuan Guru Datuk Dr Haron Din

Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

9 ulasan:

  1. Sabah dan Sarawak dah guna sebelum Merdeka!

    BalasPadam
  2. Tapi di Sarawak dan Sabah Umno takut,sebab Politik lacur mereka,Pengundi yg ramai Kristian menolak mereka.Di Malaysia dia boleh guna utk menaikkan semangat Melayu Umno yang Gila Babi,supaya sokong mereka.

    BalasPadam
  3. Dengan penjelasan dari Majlis Syura ni aku harap orang ramai khasnya melayu faham tentang penggunaan Kalimah Allah yg sebenarnya.Puak2 umeno be end dan tok2 peti serta mufti2 jgn dok politikkan isu ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ek,eleh...siapa yang politikkan isu kalimah Allah ni kalau bukan nik aziz dan hadi awang sendiri ??

      sebab kemaruk undi cina terpaksa tunduk kehendak dap. Sekarang ni padan muka !!...Pemimpin Pas kata begitu, majlis syura kata begini.

      Pemimpin Pas tak berwibawa, tak boleh diharap !!

      Cuba tengok pendirian Umno mempertahankan kalimah Allah. Tidak ada kompromi!...dulu, kini dan selamanya.

      Sebab itu Dap takut sama Umno !

      Padam
  4. Kalau teman tambah satu lagi : Jika agama selain Islam menggunakan perkataan Allah di dalam tulisa atau dakwah mereka maka secara tidak langsung mereka telah mengiktiraf Allah itu tunggal dan tiada srupa dan tiada Allah tiada diperanakkan dan tidak beranak. Sedemikian mereka secara tak lansung menolak ajaran agama mereka.Allahhahuakbar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tafsiran boddo kau ni menunjukkan kau adalah seorang yang bangang !..kau menyebut Allahuakbar pun tak betul.

      Kalau puak kristian tu mengiktiraf kalimah Allah itu dengan maksud yang sebenarnya, lebih baik mereka beriman kepada Allah dan al quran !

      Tetapi mereka hanya nak memanipulasikan kalimah itu dalam bible bahasa melayu untuk memudahkan dakwah agama kristian kepada orang melayu/Islam yang lemah macam kau !

      Jangan ikut anwarinas,...ikut majlis syura.

      Padam
  5. DAP taku sama UMNO umno. Umno Takut sama Mca.Piirahh Umno pertahankan Islam,,, Mende kecik pun tak leh nak setle nak cakap macm anjing nyalak hantu,, Cer Bayang PM kita punya bacul dayus sampai nak tegur bini tak pakai tudung pun tak berani,, inikan plak nak berdepan dengan Mca dan sekutu2nya,,, baru 1 contoh gua beri sama lu beb... cermin la diri,, kalau badan jenis busuk sekilo minyak wangi lu sembur pun guna bro...
    UMNO HAPRAK...

    BalasPadam
  6. Bodoh punya Deepak..lahabau..

    BalasPadam