Ada lagi spisis bengap dalam Umno macam mamat ni bro...Gua rasa kalau nak ke "Jamban" pun paling cepat 15 minit..inikan pulak nak menerangkan tentang manifesto kepada 27 juta rakyat..Kalau 10 minit,selak kertas pun dah habis...Apalah punya zalim sampai macam nii beb..puak-puak UMno bercakap siang malam dalam TV selamba sajaa..dah macam TV tu emak bapak lu orang yang punya..
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
kesal apabila tawaran siar manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
ditolak oleh Pakatan Rakyat bulat-bulat.
Sebaliknya kata beliau, tawaran yang diumumkan Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim itu, yang
membenarkan semua parti politik membentangkan manifesto menerusi siaran
RTM selama 10 minit, perlu diteliti terlebih dahulu.
“Mereka (Pakatan Rakyat) tuduh kita tak beri ruang, SPR usahakan
bersungguh-sungguh kepada semua parti politik supaya dasar politik
mereka dapat didengar dan dilihat rakyat.
“... memang betul disebut 10 minit, tapi perincian syarat itu kami
belum terima lagi, mungkin 10 minit itu berkali-kali, namun pada
dasarnya kita dan dapatkan ruang untuk mereka bercakap,” katanya pada
sidang media di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan