Tindakan samseng
Umno Batu Pahat memukul remaja yang memerhati petugas KEADILAN memasang
bendera, bukti keganasan dan dendam politik, kata Ketua Angkatan Muda
KEADILAN (AMK) Batu Pahat, Ezaddin Abd Rahman.
Remaja tersebut, Izwan Rahman, 17, ditumbuk dan disepak dimuka hanya
kerana memerhati rakan-rakannya dari Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir di Batu
Pahat membantu memasang bendera KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
“Mangsa hanya lalu dan berjumpa rakan-rakannya yang sedang memasang
bendera. Dia baru pulang dari bermain futsal.
“Tiba di rumah, empat orang yang dikenali termasuk Ketua Kampung
Jorak Elahi dan Ketua Cawangan Umno Jorak Elahi datang bertanya adakah
dia terlibat dengan aktiviti pemasangan bendera.
“Mangsa tidak mengaku kerana tidak terlibat. Tapi dia ditumbuk dan
dipaksa mengaku. Ini tindakan samseng politik,” kata Ezaddin memaklumkan
kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 malam Rabu lalu.
Justeru, satu laporan dibuat oleh Izwan
bersama wakil KEADILAN Jorak Elahi, Mohd Firdaus Esa dan Ezaddin di Ibu
Pejabat Polis Daerah Batu Pahat dan mendesak pihak polis mengambil
tindakan tegas terhadap pelaku keganasan.
Kes kini dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Fauzi Kamaruddin.
“Ini dendam politik Umno BN. Kerana sejak kebelakangan ini, sokongan
kepada program KEADILAN mendapat sambutan. Sama ada ceramah, program
bantuan dan khidmat sosial, penduduk Batu Pahat pergi kepada kita.
“Mungkin kerana takut kepada pengaruh KEADILAN, mereka cuba ugut
penyokong pula,” kata Ezaddin yang juga Timbalan Ketua AMK Johor.
“Gangguan ini tak lunturkan semangat kami. Kita akan teruskan
penerangan dan kempen untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Pahat,”
katanya. –KeadilanDaily
JURaGan : RM800 satu bulan punya celita maa...itu pasai ini ketua kampung selupa samseng Ooo..apa lu suluh pun..dia musti bikin Oooo...nanti kalau tukak kerajaan,ini orang nangis selupa monkey Oooo..
Dgn budak berani , cuba dgnorang dewasa memang aku bagi penerajang jepun dikepala ketua kampong umno haram jadah ni.
BalasPadamKita buat mcm AMK Sabah,pakat kejar puak-puak samseng "Pukimak" ini.
BalasPadamSabar-sabar, UMNO memang mengharapkan petugas-petugas PR bertindak balas supaya mereka boleh menangguk di air keruh. Silap sikit kalau terpijak ekor kucing ketua kampung tu pun boleh buat Najib isytihar darurat untuk tangguh PRU.
BalasPadam...kah3
Padam