Sabtu, 30 Mac 2013

Ketua Umno Larut Di"Kantoii"kan Oleh Zambry..??

SELAMA - Ketidakhadiran Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar semasa program lawatan kerja Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke bahagian itu 24 Mac lalu sangat mengejutkan. Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Negeri, Salman Saleh berkata, ketiadaan Adun Kubu Gajah itu menjadi tanda dan ia mempunyai kaitan isu kedudukan beliau di kerusi Barisan Nasional (BN) Larut atau sebaliknya.

Menurutnya, agak pelik beliau tidak bersama semasa kunjungan menteri besar ke Parlimen Larut sedangkan semua kepimpinan Umno yang lain turut serta bagi meraikannya.

“Adakah beliau (Raja Ahmad Zainuddin) tidak disenaraikan sebagai calon kali ini? Apa yang sedang berlaku di Larut kita nampak adalah permulaan buat Zambry kerana masih terdapat sebelas lagi Umno Bahagian yang belum dapat diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Larut, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, Pas mampu berdiri di atas kaki sendiri dan bukan sekadar tunggu peluang daripada kelemahan pihak lain untuk bangun khususnya di Parlimen Larut.

“Bagaimanapun, Pas Larut berasa pelik dengan ketidakhadiran Raja Ahmad Zainuddin semasa program lawatan kerja menteri besar ke Parlimen Larut, baru-baru ini.

“Pas tidak mahu menjadikan isu berkenaan sebagai salah satu cara untuk mengukuhkan kedudukan. Kita yakin kita mampu berdiri di atas kaki sendiri untuk terus kukuh tanpa menunggu peluang seumpama ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, sekiranya Umno Larut memang mempunyai masalah dalam, Pas tidak akan masuk campur dan biar mereka selesaikannya sendiri.

“Apa sahaja yang berlaku biar mereka selesaikan dan kita akan terus berusaha untuk berdikari,” katanya.

Mohd Akmal berkata, berbalik kepada isu ketidakhadiran Adun Kubu Gajah itu, bagaimanapun mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri kerana tidak dapat hadir pada hari berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan