Sabtu, 23 Mac 2013

Parti Pembangkang Dibenarkan Bentang Manifesto Dalam TV..???- Rais


Terbaeekkk daripada  Menteri Umno Haprak..Oii brader Rais Kematu..nak "Berak" pun makan masa paling kurang 15 minit..Inikan pulak nak terangkan menifesto PRU...Inilah Demokrasi paling "Banganggggg" dari sorang menteri Umno...
Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu.
"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.
"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita di Angkasapuri di sini, Jumaat.
Beliau berkata peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.
Rais berkata pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman, tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.
"Saya dan mana-mana menteri tidak terlibat dalam proses ini," katanya.
Rais berkata manifesto yang dibentangkan tidak boleh mengkeji atau memfitnah orang, mensabitkan perkara berhubung dengan keselamatan negara, mencerca Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja, memperkecil hak asasi manusia ataupun mereka yang dalam keadaan perlu dibela.
"Syarat-syarat ini dan lain-lain akan kami beri dan maklumkan dengan jelas kepada pembentang manifesto dan akan juga diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. "Usaha ini telah dijalankan tahun demi tahun, dan pada kali ini ia dibuat secara kemas dan tidak akan ada melibatkan apa-apa syak wasangka," katanya

4 ulasan:

  1. lepas parlimen bubar umno bn haram jadah mana ada kuasa tentukan benda ini semua, kita ada hak yg sama samaada dari umno bn atau pakatan rakyat..kan begitu gamaknya

    BalasPadam
  2. Rais agak agak lah 60@ rakayat negara ni menyumpah seranah ekau !! jgn lah menjadi benggap !!!

    BalasPadam
  3. lelaki yg botak dibahagian hadapan kepala adalah lelaki yg memandang jauh kehadapan..botak dibahagian atas kepala adalah lelaki yg perasan..botak dikedua-dua bahagian adalah lelaki yg x ketahuan dan meraban2..itulah menteri penerangan,,,huhuhuhu

    BalasPadam
  4. Terima sahaja walaupun 10 minit. Kenapa? BN walaupun banyak komponen tetapi dia adalah 1 parti berlambang dacing cuma layak 10 minit. Pakatan Rakyat walaupun manifesto adalah sama tapi pendaftaran tak diterima, lambang pun lain-lain jadi dia tetap 3 parti maknanya dah dapat 30 minit.

    Aku nak tengok Rais Robengah ni nak beri alasan apa pula... hari tu internet percuma tapi terkantoi sebab rakyat miskin perlu melanggan TM untuk perolehi 30 minit. Persoalannya 30 minit percuma sehari atau sebulan? Kalau dia berdaftar internet tanpa had macam mana pulak? Tengoklah alasan inzal pra matang Rais selepas ni.

    BalasPadam