Selasa, 5 Mac 2013

Serangan "Barua" Umno Di Ceramah DAP..


Jika di Sabah, beberapa kumpulan dari Filipina yang mendakwa diri mereka sebagai Askar Kesultanan Sulu telah menceroboh negeri tersebut, di Semenanjung juga telah dilaporkan berlaku satu pencerobohan.

Bagaimanapun pencerobohan tersebut bukanlah dilakukan oleh mana-mana kumpulan PATI yang diberikan IC oleh Kerajaan UMNO/BN tetapi ianya dilakukan oleh samseng upahan UMNO/BN.

 
Mangsa pencerobohan ialah Ceramah DAP yang diadakan di Komplek Menara Condong Teluk Intan, Perak.

Ceramah DAP yang diadakan di Komplek tersebut semalam telah diganggu oleh sekumpulan kira-kira 50 pemudan BN.

Ceramah tersebut telah membariskan beberapa pemimpin DAP yang antaranya ialah YB M. Manogaran, YB Seah Leong Peng, YB Annwa Suddin, YB Tony Pua dan Teo Kok Seong (Pengerusi DAPSY Kebangsaan).

Insiden telah berlaku bilamana kumpulan pencacai-pencacai UMNO/BN itu dengan biadapnya telah menyerbu hingga ke hadapan Treler DAP, melakukan provokasi dan meminta ceramah tersebut dihentikan.

Meskipun pihak Polis telah berunding dengan mereka meminta mereka bersurai dari ceramah DAP itu, mereka tidak mempedulikan permintaan pihak Polis itu malah lebih aggressif lagi, sama dengan tindakan penceroboh di Sabah itu.

Sambil mengibarkan bendera BN di hadapan pentas bergerak DAP itu mereka menjerit "Teluk Intan Melayu punya, UMNO punya!" kata Tony Pua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan