Tengok nii..30 Anggota Polis dan JPJ Kepung Treler PAS..
Diangarkan lebih kurang 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis
Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik
saja keluar dari lebuhraya.
Konvoi jelajah Negara Berkebajikan
PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program
di Pengkalan Pegoh.
...
Pihak polis menahan konvoi jelajah di
Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui
sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa
Ketika ditanya
tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler
jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan
dikeluarkan.
Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah
motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut
ditahan.
Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis,
namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah
pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari
rombongan konvoi.
Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang
berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi
diteruskan.
Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18
terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.
Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan
terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.
JuRaGan : Gua tengok dah macam menahan pengganas Lahad Datu saje beb...apa zalim sampai mcm ni Umno Haprak...Pihak polis ni kalau takda arahan mereka pun taknak buat kerja haprak nii..Tapi oleh kerana Umno yang mentalitinya ketogeri "Tengin" maka mcm nilah jadinya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan