Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan, sebelum ini sokongan bukan Melayu berada pada paras 80 peratus.
"Saya selalu mengatakan bukan senang untuk kita menang di Johor atau tawan kerusi di sana, tetapi perkembangan muktahir ini saya berkeyakinan bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat," jelasnya pada program ceramah Jelajah Negara Berkebajikan di Paroi, malam tadi.
Malah menurut beliau lagi, perkembangan terkini selain Johor, Sabah dan Sarawak juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
"Tanda-tanda bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang tidak lama lagi telah ada.
"Kita lihat bagaimana Perdana Menteri masih belum lagi dianugerahkan dengan keberanian untuk bubar parlimen, malah Perdana Menteri juga sanggup memalukan dirinya apabila membiarkan Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Beliau yang berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin turut menjelaskan prestasi Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan BN.
JuRaGan : Johor adalah tempat kelahiran Umno beb..InsyaAllah PRU13 kali ini akan menjadi tempat "Berkubur"nya parti Assobiyyah paling menyesatkan dalam abad ini dan perlu dihapuskan...
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku
zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu,
sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.
Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat
pertolongan.
memang tidak dapat disangkal lagi bahawa johor akan menjadi antara penyumbang terbesar penambahan kerusi dun dan parlimen dlm pru 13 ini. selain johor, negari lain termasuk perak, sabah dan sarawak. peluang pr menang kali ini tampak cerah atas faktor keinginan tinggi rakyat melihat perubahan kerajaan daripada kerajaan yg korup dan menyalah gunakan kuasa kpd sebuah kerajaan yg bersih lagi berintegriti.
BalasPadam