Rabu, 27 Mac 2013

Wujud Kem Berbeza Di Kedah..???

Kewujudan kem berbeza dalam PAS Kedah tidak menjejaskan persediaan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, perbezaan tersebut berlaku kerana kedua-dua kem mahu kerajaan negeri memperbaiki perkhidmatan mereka kepada rakyat.

"Semua perbezaan yang berlaku dalam parti itu lebih kepada untuk berlumba-lumba bagi memastikan pentadbiran yang lebih baik.

"Mereka yang terlibat dalam perbezaan itu semuanya bersih daripada amalan rasuah," katanya kepada Malaysiakini petang tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan