Jumaat, 5 April 2013

Apa Sebab Pengerusi SPR Nak Kecewa Pulak..??

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa apabila hanya 6,298 pengundi pos luar negara yang mendaftar untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13, sehingga tarikh tutup pada 12 tengah malam Rabu.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jumlah itu terlalu keciljika dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

"Sedangkan maklumat yang diterima mengatakan jutaan rakyat negara ini menetap di luar negara, tetapi kesedaran untuk mengundi terlalu kecil, mungkin faktor kesibukan tugas masing-masing.

"Ada juga kemungkinan mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi pos itu akan pulang untuk mengundi secara biasa dan harapnya begitulah," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media SPR di sini Khamis.

Tempoh memohon kemudahan mengundi ecara pos dibuka sejak 21 Januari lepas sehingga 12 tengah malam hari Dewan Rakyat dibubar.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata untuk PRU kali ini juga hanya seramai 2,900 Pengundi Tidak Hadir (PTH) akan mengundi pos.

PTH terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.  

JuRaGan : Macam mana tak kecewa bro..tak dapat nak bantu Umno/BN menang dengan undi Pos ini...pengundi POS luar negara bukan tak nak mengundi tapi dah tak yakin dengan SPR nii..Lain yang mereka undi,bila dibuka semasa pengiraan pangkahnya tetap ke Dacing..


3 ulasan:

  1. lu buat keja lu sudah le SPR...x pyh nk risau2.. PR menang je lua kan tau nasib lu...

    BalasPadam
  2. Lepas ni kalau PR perintah, PASTIKAN Undi Pos tu hanya layak kepada yang layak saja... Askar yang tak pergi operasi pun tak perlu undi pos, tapi SPR ni kemaruk nak tolong BN punya pasal, DJ radio, wartawan dlm negarapun undi pos, APA KEJADAHNYA??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan apakejadah..tapi Haram Jadah!!

      Padam