Dengan bau kekalahan semakin kuat, Umno kini merancang untuk merampas
semua kerusi MCA di Johor untuk berdepan dengan DAP sendiri.
Perkara ini pula menyebabkan keseluruhan pemimpin MCA kini duduk tidak tenang kerana semakin disisihkan.
Pada
sebelah pagi hari ini, The Malaysian Insider melaporkan war room BN
mempercayai bahawa calon Umno lebih berpotensi menang terhadap calon DAP
daripada MCA.
Sebelah petangnya pula, Malaysiakini melaporkan para pemimpin MCA melenting kerusi-kerusi mereka dirampas oleh Johor.
Johor kini menjadi tumpuan pertahanan Umno selepas penasihat DAP Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon parlimen Gelang Patah.
Menghangatkan
perlawanan ini lagi ialah apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang mengumumkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sebagai
calon di Pulai.
Liew Chin Tong, ahli parlimen Bukit Bendera juga bertandang ke Johor dan akan bertanding ke Kluang.
PKR pula mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Hussien dicalonkan di Johor Bahru.
“Umno
panik sejurus Pakatan Rakyat mengumumkan jeneral-jeneral perang besar
mereka bertanding di Johor. Johor ini maruah Umno dan BN. Dan masalahnya
sayap kedua BN, iaitu MCA dan MIC kini cacat,” kata sumber Umno kepada
Harakahdaily ketika dihubungi.
“Apakah ini strategi terbaik Umno untuk menang?” tanya Harakahdaily.
“Entahlah.
Strategis BN untuk PRU13 ini saya dah hilang keyakinan. Tengok cara
Rais Yatim dan SPR main isu 10 minit tawaran kepada manifesto kepada
pembangkang. Ingat boleh dapat mileage politik, tetiba BN guna 2 jam
untuk bentang manifesto.
"Manifesto pula cedok apa yang mereka
serang Pakatan Rakyat selama ini yang akan bangkrapkan negara. Sekarang
TV pula ulang-ulang BN tak tiru manifesto PR, lagilah rakyat tahu kamu
meniru. Sekarang Tingkat 2 B4 pula mencadangkan idea rampas kerusi MCA
di Johor. Awak nilailah sendiri, ini nak bantu ke nak hancurkan BN
dengan lebih cepat?” kata sumber itu lagi.
Tingkat 2, B4 dipercayai ialah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri yang mengaturkan strategi pilihanraya kali ini.
“Tak
tahu siapa masukkan idea untuk rampas kerusi kawan kononnya demi
kemenangan ke otak-otak di Tingkat 2, B4. Ada yang sengaja kuburkan BN.
Umno tak pernah bentuk kerajaan dengan diri sendiri tanpa
kawan-kawannya.
"Jika benar ini berlaku, Umno akan tumbang kerana langkah ini menyakinkan rakyat bahawa Umno panik.
"Ditambah
pula dengan keberanian PAS menghantar Husam Musa ke Putrajaya yang
dilihat ramai sebagai tanda keyakinan bahawa BN bakal tumbang tak lama
lagi,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan