Untuk MCA, PRU13 akan datang ialah pilihanraya yang paling genting, tanpa presidennya.
Ini kerana Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk pilihanraya umum kali ini.
“Saya
akan mengetuai kempen sehingga hari mengundi tetapi tidak akan menjadi
calon. Ini adalah selari dengan proses menjelma dan mencergaskan semula
parti dan membawa pemimpin baru untuk mengambil alih,” kata Chua.
Kenyataan
Chua datang di tengah-tengah rungutan ahli-ahli MCA terhadap usaha Umno
untuk mengambil kebanyakan kerusi MCA di Johor, setelah meramalkan MCA
bakal terkubur di dalam PRU13.
Chua juga mengumumkan hari ini, kerusi MCA di Kuantan diberi
pinjam kepada Umno untuk pilihan raya ini kerana Umno mendakwa mereka
boleh menang berbanding MCA.
Kuantan adalah kerusi tradisi MCA sejak dahulu. Anggota Parlimen
Kuantan sebelum ini adalah bekas timbalan presiden MCA, Datuk Lim Ah
Lek.
Dalam pilihan raya umum 2008, kerusi itu jatuh ke tangan PKR dan kali ini ia dirampas oleh Umno dari MCA.
Para penganalisa politik telah menjangkakan MCA akan tewas dengan
teruk kerana ketidaksenangan pengundi tradisinya telah memuncak.
Sebelum
ini, MCA telah bertubi-tubi menyerang perkara-perkara yang berkaitan
dengan nilai Islam dan PAS, sebagai satu usaha terbesarnya untuk
mendapat kembali sokongan kaum TiongHua, yang telah mensisihkan parti
tersebut pada 2008.
Chua berkata beliau tidak bertanding adalah bukti beliau memperjuangkan sesuatu tanpa berharap kepada jawatan awam.
"Dalam
sejarah MCA, kali ini adalah kali pertama ada presiden MCA yang bekerja
sepenuh masa,” kata Chua, yang terpaksa meletakkan jawatan pada 2008
selepas mengaku beliau adalah pelakon seks dalam satu video bersama
wanita yang didedahkan pihak musuh dalamannya sebelum PRU ke 12.
Harakahdaily sempat menghubungi sumber Umno untuk mendapatkan komen perkembangan terbaru ini.
“Semalam
kan saya dah kata, strategi Tingkat 2 B4 ini memang tak boleh pakai.
Presiden parti kedua terbesar BN tak bertanding – ini bagi isyarat apa
pada rakyat?
"Rakyat akan lihat BN ini dah gelabah. Selepas berita lawan kerusi semalam, MCA sekarang tengah bergaduh kuat dengan Umno.
"Apakah
Chua buat sedemikian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
tidak mendengar kata-katanya untuk tidak melantik Datuk Seri Ong Tee
Keat sebagai calon?
"Kamu tunggu sahaja. Najib kan semalam dah umum calon BN belum selesai,” katanya dengan seloroh.
dia dapat projek jual CD laaa
BalasPadambyk dah macai2 dia booking tapak dah