Rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti seseorang. Kak Ijat dengan
skandal NFC sama je dengan Nong Chik skandal anak beliau dalam kontrak
RM30 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam memasang dan
menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (
IKBN ). Itu sudah jelas mengamalkan KRONISME + NEPOTISME walaupun UMNO
duk laungkan HIDUP MELAYU. Hanya Melayu atas UMNO je yang hidup. Tu pun
sekarang dah NAZAK + dah nak mampus.
Kak Ijat Berhabis-habisan Akan Bantu Nong Chik..
Bekas ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Seri Shahrizah Abd Jalil
berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada Ketua Umno bahagian
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin agar memenangi kawasan itu pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Berdasarkan pretasi ahli
Parlimen sekarang, Nurul Izzah Anwar, Shahrizat berkata, pengundi Lembah
Pantai kini bijak untuk membuat pilihan.
"Tanyalah
pengundi-pengundi tentang prestasi pemimpin di sana. Gah sahaja semasa
berkempen. Kata nak buat itu ini, lepas itu... habis.
"Insya-Allah
saya sokong penuh Datuk Raja Nong Chik sebagai calon dan akan
berhabis-habisan. Saya pernah ada tiga penggal, saya akan turun
membantu.
"Saya percaya, pengundi Lembah Pantai dah fikir, ahli
Parlimen mereka tak buat apa-apa untuk bela nasib mereka. Insya-Allah
pengundi Lembah Pantai akan beri mandat pada Datuk Raja Nong Chik,"
katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas
merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama penduduk PDRM
Desa Tasik di ibu negara hari ini.
Selain itu, ketika ditanya
sama ada beliau akan bertanding pada PRU 13 kali ini, Shahrizat berkata:
"Tak ada. saya tak bertanding. Tapi saya akan bersama jentera Wanita di
seluruh negara,"
Kak Jat sudah jadi Surat khabar lama..
BalasPadamsurat khabar lama...muka surat depannya lembu
BalasPadam