SUNGAI PETANI: BN semakin hancur apabila para penyokong sendiri di
seluruh negara menyatakan protes terhadap calon yang diumumkan oleh
Pengerusi BN Dato' Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Kedah juga tanpa kecuali menyaksikan perebutan kawasan bertanding
oleh kumpulan calon tempatan dengan calon pilihan Najib sehingga
sebahagian besar tidak teragak-agak untuk menunjukkan bantahan terhadap
parti mereka sendiri.
Terbaru, penyokong BN Kedah di empat kawasan telah dikenal pasti
menunjukkan protes secara terbuka dan sabotaj dari segi gerak kerja
iaitu Sungai Petani, Kuala Kedah, Alor Mengkudu dan Kuala Nerang.
Punca protes ini antaranya disebabkan calon yang ditampilkan
bukanlah calon pilihan masyarakat setempat malah tidak mempunyai rekod
khidmat yang panjang dan 'turun kawasan' yang baik di tempat
masing-masing sebaliknya hanya bersandar percaturan Najib meletak calon
yang datang daripada kemnya sendiri.
Terkini, Umno bahagian Sungai Petani mula bergolak apabila calon
pilihan Najib, Dr Shamsul Anuar Ismail diumumkan bertanding di parlimen
kawasan itu menentang bekas penyandang Dato' Johari Abdul daripada
PKR.
Penyokong BN Kedah beserta beberapa pemimpin Umno bahagian menolak
Shamsul sebaliknya mahukan calon pilihan, Naib Ketua Puteri Umno
Malaysia, Shahanim Mohd Yusof untuk bertanding di kawasan tersebut.
Pada 17 April lalu, para penyokong BN Kedah telah mengadakan
demonstrasi di hadapan pejabat Umno bahagian Sungai Petani yang
dipercayai merupakan penyokong Shahanim.
Para penyokong Shahanim dikatakan mengugut akan memboikot Shamsul
semasa hari Penyokong BN Kedah protes penamaan calon 20 April ini dan
insiden yang bermula jam 10.45 pagi itu telah membuat Umno bahagian
telah terpecah kepada dua kumpulan.
Di Kuala Kedah pula, kumpulan Naib Ketua Bahagian Umno Kuala Kedah,
Dato' Mutalib Harun begitu kecewa apabila pemimpin mereka itu tidak
dicalonkan untuk bertanding di Dun Kubang Rotan menentang penyandang
Nasir Mustafa daripada PAS.
Najib sebaliknya meletakkan Pegawai Khasnya sendiri Dato' Lat Shariman di kawasan Dun tersebut.
Manakala Parlimen, Najib mencalonkan Dr. Zaki Zamani Abdul Rashid,
muka baru bagi menentang calon tempatan daripada PKR Dr. Azman Ismail
yang telah lama memberi perkhidmatan di kinik pekan Kuala Kedah.
Menurut sumber, Mutalib sangat kecewa kerana telah lama aktif dan
mengeluar belanja yang begitu banyak untuk melobi untuk menjadi calon
dan berkempen sejak setahun lalu malah beliau amat dikenali oleh
penduduk setempat berbanding Lat yang banyak masanya dihabiskan di Pusat
bersama Najib.
Penyokong Umno Kuala Kedah menjangkakan Lat akan diletakkan di
kawasan Parlimen tersebut manakala Mutalib di Dun Kubang Rotan sehingga
mereka dengan penuh yakin dan 'berani' telah memasang gambar
kedua-dua khususnya Naib Ketua mereka di sekitar kawasan Kuala Kedah
dua minggu sebelum Najib mengumumkan senarai calon yang bertanding.
Dikatakan juga ianya sebagai 'psywar' untuk memastikan Najib
'tunduk' dengan kehendak mereka yang mahukan keduaduanya dicalonkan.
Lebih menarik, papan tanda yang menampilkan kedua-dua pemimpin ini
yang kononnya akan bertanding di kawasan yang diharapkan tidak
diturunkan atau dipadamkan wajah Mutalib walaupun tiga hari pengumuman
calon telah dibuat dan wajah Zaki masih lagi tidak kelihatan mewarnai
sepanduk BN di sini.
Sejak pengumuman itu, pondok-pondok BN Kedah kelihatan tidak
bermaya, suram dan tidak meriah dipercayai salah satu tindakan protes
penyokong Mutalib yang telah lama berjuang untuk pemimpin tempatan
mereka malah bendera-bendera BN Kedah yang rosak akibat hujan dan jatuh
tidak diurus dengan baik, malah ada di antara mereka sendiri yang
dikatakan merosakkan bendera parti.
Di Alor Mengkudu, insiden yang sama berlaku apabila penyokong BN
Kedah telah bersiap sedia untuk memastikan calon pilihan mereka Ustaz
Fadhil Hanafi untuk bertanding menentang calon baru PAS yang juga
merupakan Ketua Pemuda PAS Kedah Ustaz Ahmad Yahya di kawasan tersebut.
Jangkaan meleset, apabila Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah calon
BN yang baru diumumkan Najib menyebabkan sebahagian besar dipercayai
akan melakukan 'u-turn' pada hari pengundian.
Penyokong BN Kedah mengharapkan Hanafi dapat memberi saingan sengit
kepada Ahmad memandangkan keduaduanya adalah 'ustaz' yang mempunyai
latar belakang agama sebagai satu bonus kepada BN yang ketandusan
tokoh-tokoh agama dan terpaksa berdepan dengan PAS dalam isuisu
berkaitan Islam.
Menurut sumber, selain itu peruntukan wang untuk kempen juga tidak
sampai ke tangan penyokong Hanafi menyebabkan gerak kerja terhenti dan
ada antara pondok-pondok BN di kawasan itu telah ditutup.
Sebelum ini Hanafi telah mengugut pimpinan BN Kedah akan bertanding
sebagai calon bebas sekiranya tidak dicalonkan pada PRU12 yang lalu
namun setelah berunding dan dipercayai mendapat 'pulangan' yang baik,
beliau telah rela 'direhatkan' pada PRU tersebut dan memberi laluan
kepada muka lain.
Sementara itu, bekas Adun Kuala Nerang, Dato' Syed Sobri Syed Hashim
telah digantikan dengan Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham yang
ratarata penyokong menjangkakan peluang yang sangat tipis untuk menjadi
Adun berbanding PAS.
Ini kerana Syed Sobri dikenali sebagai pemimpin yang mesra dengan
penduduk setempat dan berjasa serta telah menjadikan kawasan itu
sebagai kubu kuat Umno.
lantak hangpa la ameno...jnji 6 mei 2013 kerajaan baru PR dh terbentuk...
BalasPadam