Menteri Besar
Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta pengundi di negeri itu membuat
laporan polis jika didatangi pihak yang mahu mencalit dakwat kekal
sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berlangsung.
Katanya dakwat kekal itu hanya boleh dicalit oleh petugas Suruhanjaya
Pilihan Raya sejurus sebelum pemilih membuang undi di pusat pengundian.
"Sebelum ini kita nasihat jangan serah kad pengenalan kepada orang
lain bila dekat pilihan raya, sekarang kita ingatkan mereka jangan biar
orang calit dakwat pada kuku sebelum masanya,” katanya.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai dakwaan
sebuah blog bahawa ada pihak merancang untuk mencalit dakwat kekal pada
kuku pengundi, terutama di kawasan luar bandar seminggu sebelum hari
pengundian PRU13.
Menurut blog itu, pihak terbabit berbuat demikian bagi mencetuskan
huru-hara kerana pengundi yang dikesan sudah dicalit dakwat kekal pada
kukunya tidak akan dibenar membuang undi pada hari berkenaan.
JuRaGan : Sendiri buat..sendiri lapor..Apa kuasa PR nak buat kerja kotor macam ini..sedangkan PR yang berusaha keras agar mengundi menggunakan dakwat hitam..selalunya cakap pimpinan Umno ni akan terbalik apabila hampir pilihanRaya..Dimana rakyat berfikir..disitu Umno akan Fakir..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan