Belum
pernah dalam sejarah Putrajaya sejak ia dibuka secara rasmi pada tahun
1997, kehadiran sebegini hebat dilihat walaupun beberapa acara besar
seperti konsert akhir Akademi Fantasia dan perayaan Hari Kebangsaan
pernah diadakan.
Bertempat di Presint 3
berhampiran Istana Kehakiman, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat hadir dengan disambut oleh puluhan ribu rakyat yang setia
menunggu sejak jam 8 malam lagi.
Rata-rata penyokong Pakatan
Rakyat yang hadir merupakan kakitangan kerajaan yang menetap di sini dan
ada di antaranya datang dari Bangi, Kajang dan Sepang.
Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz
benar-benar membuktikan bahawa pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
itu seakan berjaya 'ditawan' walaupun calon Barisan Nasional (BN), Adnan
Mansor mendakwa calon PAS bagi parlimen ini, Husam Musa hampir pasti
akan kehilangan wang deposit pilihanraya.
Cetusan semangat yang ditunjukkan
rakyat pantas diterjemahkan dengan siri solat fardhu Maghrib dan Isyak
di kawasan lapang yang sudah menjadi lautan manusia yang belum pernah
tergambar dalam kepala pemimpin BN seperti Muhyiddin Yassin yang hanya
mampu menarik kehadiran seramai 300 orang dalam satu majlis ceramah
Khamis lalu.
Turut menyampaikan ucapan adalah Husam sendiri dan pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dan Yang di-Pertua PAS Putrajaya, Nazir Zakaria.
SEGALA PUJI BAGI ALLAH....DIA AKAN MENINGGIKAN AGAMA SUCI INI DI BUMI MALAYSIA...INSYAALLAH.... SELAMAT TINGGAL BN
BalasPadam