Hari pengundian untuk pilihan raya umum tidak akan terikat dengan
trend sebelum ini dan boleh diadakan pada mana-mana hari dalam sesuatu
minggu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul
Aziz Mohd Yusof.
“Hari pengundian boleh jatuh pada hari bekerja tetapi SPR perlu mempertimbangkan banyak faktor.
“Kami tidak mahu ia berkebetulan dengan mana-mana hari keagamaan atau
kebudayaan, atau mana-mana acara utama politik. Kami juga perlu periksa
dengan jabatan meteorologi mengenai ramalan cuaca.
“Cuti sekolah atau sama ada ia adalah hari bekerja bukan pertimbangan yang penting.
“Kami tidak semestinya perlu mengikut trend yang lepas,” katanya pada
sidang media selepas memberi taklimat kepada diplomat asing mengenai
pilihan raya umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan