PAS Perak mensasarkan 18 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen untuk dimenangi dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Pengarah
Pilihan Raya PAS Perak, Haji Asmuni Awi berkata, jumlah kerusi sasaran
itu adalah berdasarkan peluang untuk menang di kerusi-kerusi berkenaan.
"Berdasarkan gerakerja yang telah dibuat, saya yakin kita boleh mencapai sasaran itu," kata Asmuni kepada Harakahdaily.
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN.
Kerusi-kerusi
itu adalah Parlimen Bukit Gantang dan Parit Buntar manakala kerusi DUN
adalah Pasir Panjang, Selinsing, Titi Serong, Gunung Semanggol, Changkat
Jong dan Lubuk Merbau.
Ekoran kemenangan itu, Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar.
Namun
kerajaan Pakatan Rakyat Perak itu hanya bertahan 11 bulan sahaja
apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP meninggalkan parti masing-masing
menjadi Adun bebas yang menyokong BN.
Berdasarkan ranking di bilik gerakan PAS, DUN Pasir Panjang yang diwakili oleh Nizar menduduki tempat pertama.
Ia telah dimenangi oleh Nizar dengan majoriti 4,447 mengalahkan calon BN dari MIC, Vasan Sinnadurai.
Namun
dalam pilihan raya akan datang ini Nizar disebut-sebut akan bertanding
di Changkat Jering, salah satu DUN di bawah Bukit Gantang yang beliau
menang dalam pilihan raya kecil lalu.
Tempat beliau di Pasir Panjang katanya akan ditandingi oleh seorang tokoh Muslimat kawasan Lumut.
Asmuni sendiri dikatakan akan bertanding di DUN Manjoi iaitu kawasan yang menjadi tanah tumpah darah beliau sehingga sekarang.
Dalam pilihan raya kali ini, PAS dijangka akan bertanding 22 DUN manakala PKR19 dan DAP 18.
DAP mempunyai peluang cerah untuk memenangi kesemua DUN yang ditandingi itu.
Untuk kerusi Parlimen pula, PAS dijangka akan bertanding tujuh kerusi, PKR 10 dan DAP tujuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan