Bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Adnan Othman secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini.
Pengisytiharan
tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di
Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi.
Adnan bersama-sama pada sidang media itu dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan.
Lulusan
University of Exeter, England dalam bidang Sains Politik itu pernah
berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalin hubungan dengan
kerajaan China pada tahun 1974.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura.
Beliau
dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi dan juga Iran sebelum bersara
dan berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Cranberra
Australia pada tahun 2001.
Bapa kepada empat cahaya mata dan
datuk kepada tujuh cucu itu membuat keputusan menyertai PAS kerana yakin
terhadap nalurinya yang merasakan PAS ialah parti yang paling sesuai
dengan jiwa dan fikiran beliau.
Sementara itu, Ustaz Hadi berkata, kemasukan tokoh-tokoh berwibawa ke dalam PAS dapat membantu agenda perjuangan parti.
"PAS
akan menggunakan khidmat segala pengalaman tokoh-tokoh ini untuk
membantu PAS dalam melaksanakan agenda perjuangan kita lebih-lebih lagi
jika kita diizin oleh Allah dapat sampai ke Putrajaya," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan