Bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu melahirkan rasa marah dengan
Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr
S.Subramaniam berhubung isu "calon boleh menang".
Beliau
percaya mereka salah faham dengan kenyatannya pada Rabu, sehari selepas
Parlimen dibubarkan apabila beliau berkata beliau merupakan calon boleh
menang untuk kawasan Parlimen Sungai Siput, sebagai jawapan kepada
soalan pemberita.
Samy Vellu berkata beliau tidak meminta
Palanivel untuk beliau dicalon bagi kerusi itu dalam pilihan raya umum
ke-13," katanya dalam kenyataan sebagai respon kepada kenyataan
Palanivel terdahulu bahawa Samy Vellu tidak akan bertanding dalam
pilihan raya kali ini.
"Palanivel dan Dr Subramaniam salah
faham kenyataan saya semasa sidang akhbar majlis penyerahan sumbangan di
Bukit Aman kepada keluarga para wira yang terkorban di Lahad Datu,
Sabah.
"Memang benar saya memberitahu pemberita bahawa saya
yakin saya adalah calon boleh menang. Tetapi tidak bermaksud saya
meminta kepada Palanivel yang saya mahu bertanding semula di Sungai
Siput,” tambahnya.
Samy Vellu berkata beliau sedih dengan kenyataan mereka yang tidak menggambarkan maksud beliau sebenarnya.
“Mereka
(Palanivel dan Dr Subramaniam) perlu menghubungi saya dahulu untuk
mengetahui apa yang berlaku di sidang media (di Bukit Aman) sebelum
membuka mulut," katanya dan menambah kedua-kedua mereka menunjuk
ketidakmatangan dalam politik.
"Saya telah berjuang dalam politik untuk kedua-duanya (Palanivel dan Subramaniam) dalam MIC semasa saya menjadi presiden parti.
"Mereka perlu ingat di mana mereka berada sekarang, kerana politik yang saya perjuangan untuk mereka," katanya.
Samy
Vellu berkata beliau yang mendapat kepercayaan Najib dengan melantiknya
sebagai Penyelaras BN di Sungai Siput, akan memastikan BN merampas
kembali kerusi tersebut tidak kira siapa pun calon BN.
"Saya akan terus bekerja di Sungai Siput untuk melaksanakan apa yang diamanahkan oleh Najib kepada saya,” tambahnya.
Samy
Vellu merupakan Anggota Parlimen Sungai Siput lebih tiga dekad sejak
1974 sehingga beliau kalah kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj dari
Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti 1,821 undi pada pilihan
raya umum 2008.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan