Umno semakin terdesak..gara-gara Johor akan tumbang diserang oleh PR dan sambutan gila-gila masyarakat cina terhadap DAP sangat-sangat mengganggu seluruh sistem saraf tubuh Umno..Nampak bahawa UmnoBN akan kecundang ditempat Umno beranak ini,maka mereka telah merancang sesuatu untuk menjatuhkan DAP,,tetapi barang diingat..kini rakyat hanya mahu tukar saja..guna dan pakailah lambang apa pun asalkan bukan Dacing,rakyat akan undi..
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Khamis mendakwa menerima
surat daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertarikh 17 April,
melalui faksimili hari ini, menyatakan DAP tidak berkuasa mengeluarkan
surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol
parti iaitu roket pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, ini susulan keputusan ROS yang tidak memberi
pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan Jawatankuasa Kerja Pusat
(CEC) parti DAP.
Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di
Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak
pada PRU-13.
Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS
Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang
menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti
masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR.
Takpa Hishamuddin Hussain.
BalasPadamInilah jawatan terakhir buat lu.
Ingat.
Lu merancang.
Allah pun merancang.
Hati busuk lu & UMNO
takkan boleh mengtasai
perancangan Allah.
PR/DAP bertindaklah dengan wajar.
Yang lain serahkan kepada Allah.
Hishamuddin & UMNO,
lu memalukan orang2 Melayu.
AllahuAkbar.
Betulllllll kali ini mampus bn...jaga airport jaga mana mahu lari bro...
PadamGua punya teori.
BalasPadamMula2 Ros diarah, jangan iktiraf DAP.
Kemudian SPR diarah, DAP boleh guna lambang Roket.
Lepas penamaan calon, DAP diistiharkan hama.
Dengan itu, semua calon DAP terbatal,
maka calon2 BN pun menang tanpa bertanding.
Tapi DAP cerdik dan bijak, mereka masuk PAS dan PKR.
Planning BN/UMNO pun kantoi...
Manusia hanya boleh merancang,
namun prerancangan Allah Maha hebat.
Ini kalilah... TUKAR.
AllahuAkbar.