Pakatan Rakyat Kedah baru-baru ini mendedahkan beberapa dokumen
menunjukkan terdapat warga asing mendapat taraf warga negara lebih awal
iaitu sebelum masuk ke negara ini lagi.
Salah
satu dokumen itu mempunyai maklumat seorang individu berasal dari
negara Myanmar memasuki Malaysia pada 22 Disember 1993, tetapi
pengesahan taraf kerakyatan Malaysia telah diberi 2 Disember 1993.
“Bermakna
sebelum datang ke negara ini, individu berkenaan telah diberikan taraf
kewarganegaraan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang
media di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena di sini baru-baru ini.
Oleh
sebab itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi
penjelasan termasuk tindakan memperguna dan mengugut serta mengongkong
kebebasan mereka ini.
Pada sidang media sama, Ahli Jawatankuasa
DAP Kedah, Dr Syed Araniri Syed Ahmad berkata, warga asing tersebut
dipercayai memasuki negara ini melalui Ranong, Thailand menuju ke Phuket
dan Saturn sebelum mendarat di Bukit Malut, Langkawi.
Jelasnya, jumlah kemasukan melibatkan puluhan ribu dan tentunya dalam tempoh ini mereka telah beranak-pinak.
“Mereka
lahir di Burma, jadi sepatutnya kod nombor pada kad pengenalan ialah 64
tetapi dicatat dalam kad pengenalan 02 iaitu kod negeri Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan