Maklumat terbaru yang diterima mendakwa bahawa seorang bekas menteri
besar Selangor difahamkan sudah menyertai PAS sebentar tadi.
Khabar gembira ini disedari beberapa sumber yang berada di kediaman
Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din di Seksyen 1, Bandar
Bangi, Selangor jam 12.55 tengah hari tadi.
Difahamkan juga bekas menteri besar Selangor yang dimaksudkan itu ialah
Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu
sendiri kepada Tuan Guru Haron.
Menurut beberapa saksi, Muhammad dikatakan sudah banyak bertaubat dari
dosa-dosanya yang lalu dan sering berada di kuliah agama dan masjid
sejak beberapa tahun lalu, namun pegawainya meminta agar perkara ini
tidak dihebohkan.
Ini bagi menjaga nama Muhammad yang pernah terpalit dengan skandal lama
termasuk isu wang tunai 19 kilogram ketika ditahan di Lapangan Terbang
Sydney, Australia pada 1998.
Muhammad juga sudah lama berjinak-jinak dengan PAS tetapi mahu perkara
itu tidak disensasikan juga kerana masih ramai kawannya dalam Umno
sebelum ini.
Setakat ini, PAS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemasukan
Muhammad tetapi dijangka satu sidang media mengumumkan perkara tersebut
akan dibuat dalam masa terdekat.
Kelmarin, bekas ADUN Batang Kali, Zainal Abidin Sakom yang merupakan
kenalan rapat Muhammad memberitahu bekas bosnya itu tidak akan menyertai
PAS kerana dikatakan tetap setia dengan perjuangan Umno selain tidak
mudah menggadaikan prinsip perjuangannya.
Dilahirkan pada 29 Julai 1945 di Kuala Kalumpang, Hulu Selangor,
Muhammad juga merupakan bekas ADUN Batang Kali sebanyak empat kali iaitu
pada 1982, 1986, 1990 dan 1995.
Muhammad menjadi menteri besar dari tahun 1986 hingga 1997 dan kemudian digantikan oleh Abu Hassan Omar.
Beliau juga merupakan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
selama setahun iaitu dari 18 Mac 2008 hingga 9 April 2009 setelah
dilantik sebagai senator sebelum membuat keputusan untuk berundur kerana
tempoh penggal tiga tahun tamat dan digantikan oleh Shafie Apdal.
Sebuah blog yang rapat dengan pimpinan PAS juga meramalkan Muhammad akan
menyertai PAS awal pagi tadi namun pada masa itu belum disahkan.
Kita tunggu penerimaan ahli PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya terhadap keputusan mengejut ini.
masuk2 jg.pas kena beringat2 jg.jangan nanti telopong dibuatnya.caya boleh harap sangat jangan
BalasPadambiasa la gimik politik... masalah pembangkang ialah sentiasa rasa bangga mengutip sampah2 daripada BN walhal sampah2 ni membawa malapetaka kpd pembangkang sendiri. dah banyak contoh situasi ni beraku bukan ? sekali terhantuk nak terhantuk lagi? fikir2kan...
BalasPadammasuk....huhahuha
BalasPadamkeluar.... marah / kutuk
salah siapa?
Ini ular lagi bahaya pada HINDU.jaga jaga munafik kalau campur tak campur ke diasama saja
BalasPadambetul ini ular sawa dah telan duit banyak.....PAS hati2 dg org lidah bercabang..
PadamKita terima sesiapa pun masuk PAS asalkan mereka taat kpd Allah dan kepimpinan. Apa yg berlaku kpd hassan ali kita jadikan sempadan. Semoga sesiapa yg bersama PAS akan istiqamah dgn perjuangan Islam, insyaAllah. Siapalah kita nak menghukum apa yg ada didalam hati manusia, hanya Allah yg maha mengetahui.
BalasPadamSangka baik la brader,itu yang Rasulullah ajar kepada kita supaya menerima siapa saja yang kembali kepada perjuangan agama,hanya Allah yang tahu akan hati budi seseorang.Kalau beliau ada niat selain dari memperjuangankan Agama Allah maka dia akan turut menjadi seperti Hassan Ali,Nakaie dan ramai lagi yang Allah telah hina mereka ini.
BalasPadam