Sabtu, 13 April 2013

Terkinii..Demi Parti..Akhirnya Datuk Mustapa Mengaku..

Akhirnya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengaku bahawa Umno kini berada dalam keadaan kritikal dan terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.Hassan Ali pula yang sememangnya rapat dengan beliau dahalu,sanggup dipergunakan oleh Umno untuk menyakinkan rakyat bahawa pelakon dalam video tersebut berkemungkinan adalah Datuk Mustapa.
  
Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam ini, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.
  
"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.
  
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
  
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung kerana isu video ini.
  
"Saya hidup lagi ni, (masih) setiausaha agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.
  
Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."
  
Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan