Isnin, 8 April 2013

Tian Chua Diusir Semasa Memasuki Sabah..

Naib presiden PKR Tian Chua diusir keluar dari Sabah selepas ditahan oleh pegawai imigresen lapangan terbang Kota Kinabalu.

Dalam tulisannya di Twitter hari ini, Tian berkata beliau ditahan selepas mendarat sekitar jam 11.05 pagi di lapangan terbang itu.

"Saya diberitahu bahawa kerajaan Sabah mengeluarkan perintah menghalang kemasukan saya,” kata penyandang kerusi parlimen Batu itu.

Perkembangan itu berlaku selepas seorang ADUN Lahad Datu Nasrun Mansur menggesa agar Tian disenaraihitam daripada memasuki Sabah.

Nasrun, seorang menteri pembantu di jabatan ketua menteri berkata ia bagi menghalang Tian daripada menyebarkan “budaya yang tidak boleh diterima” di Sabah.

3 ulasan:

  1. orang sulu .. orang filipino .. boleh masuk pulak.. lepas lari tak perlu diheret keluar

    BalasPadam
  2. Org sulu masuk nk tlg bn, siap bg tanah n ic tu! Hidup sabah, moga bertambah maju lps ni

    BalasPadam
  3. http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2792-minit-mesyuarat-alies-anor-a-sidek-baba
    http://mimpi-senja.blogspot.com/2013/04/terbongkar-projek-jatuhkan-dsai.html

    3. Lain-lain hal


    "Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013."

    Betulke minit ni, kalau betul memang sejak Dis 2012 lagi telah ada perancangan @ lahad datu yang menagih korban nyawa?

    BalasPadam