Masa semakin suntuk untuk mana-mana pihak yang sedang berperang
dgn perasaan sendiri sama ada mahu bertanding bebas atau menentang parti
sendiri dengan cara mensabotaj dari dalam. Mereka yang dimaksudkan
adalah bakal calon UMNO yang tersingkir atau disingkirkan oleh Najib
sebagai calon BN.
Selepas Jumaat tadi
MK bersembang panjang dengan seorang veteran UMNO Alor Setar. Pada
percamannya, BN akan kalah teruk dalam PRU kali ini di Kedah. Apa
alasannya?
"Dalam
PRU lalu konflik perebutan calon hanya berlaku di sesetengah kawasan di
Kedah, kini PRU 2008 di hampir semua kawasan dan penentangan yang
dibuat pula terbuka dan semua orang tahu, inilah sejarah perpecahan yang
paling teruk bagi UMNO sejak merdeka" ujar veteran UMNO itu.
Belum sempat dia
menyambung hujah, telefon berdering. Dia menjawab telefon tersebut. MK
tak tahu apa butiran percakapannya namun sebaik menghabiskan perbualan
dalam telefon beliau lantas berkata, "Tengok, di Jerlun pula ni... geng
Man Pin pula mengamuk, himpun orang buat demo bantah Mukhriz."
Fuhh haritu
Shahanim Puteri UMNO naik banner serang Mukhriz, harini orang lain pula.
Dalam banyak kes perebutan calon nama Mukhriz dan bapaknya Tun Mahathir
yang disebut.
"Memang betoi pun
Mukhriz dan ayahnya, Dr. Mahathir yang mengatur calon di Kedah dan Najib
hanya mengikut sahaja tanpa berani bersuiara di Kedah. Cuba bayangkan
calon2 yang pernah kalah dan expired dikutup semula macam Othman Abdul,
Mat Sudin, Mat bashah Marlia, Tajul Urus, Abu Hasan yang hampir hilang
kelayakan kerana malas ke Dewan, ponteng 2 kali ke DUN tapi diangkat
semula. Rakyat Kedah tengok line up calon pun dah hilang keyakinan. Yang
membantah pula dengan kerja mereka, macam mana nak menang?" ujar
beliau.
Tapi Najib boleh 'beli balik' semua bekas bakal calon yang menentang keputusan BN, MK cuba menduga.
Memang boleh beli
balik, katanya, tetapi yang membantah tetap melakukannya lepas ini depa
guna cara bawah tanah pulak suruh cawangan kempen pihak lawan.
Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Depa marah sat saja.....semua dah paham. Nanti bila masing2 dijanjikan habuan senyaplaaaa....
BalasPadambiarlah perasaan geram dan marah tu simpan saja dalam hati. Takut nnt, bukan saja nama saja busuk, soruuu boleh misssss maaaaaaa.
Biar tutup mulut tapi pangkah calon lain.hahahaaaaa