Rabu, 8 Mei 2013

Anak Jantan..Akhir Mereka Letak Jawatan Dari Kampung Hingga Negeri..

Anggota MCA Melaka yang memegang jawatan dari peringkat kampung hingga ke peringkat negeri akan meletak jawatan mereka pada Rabu.

Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati resolusi pucuk pimpinan MCA pusat yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Ahad lepas.

"Esok (Rabu), kesemua ahli MCA yang menjawat apa-apa jawatan di negeri ini...ketua kampung, ahli jawatankuasa dan kemajuan kampung, pegawai seranta, ahli lembaga pelawat hospital, penyelaras Japerun (Pejabat Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri) semua akan letak (jawatan).

"Kita juga tidak akan menyertai barisan Exco kerajaan negeri Melaka," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata ketiga-tiga calon MCA yang menang pada PRU13 iaitu Datuk Lai Meng Chong bagi kerusi DUN Machap, Lim Ban Hong (Klebang) dan Datuk Ng Choon Koon (Bemban) juga bersetuju untuk tidak menerima tawaran sebagai anggota Exco.

Katanya beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Ir Idris Haron bagi menjelaskan

2 ulasan:

  1. Semua parti daalam BN berdasarkan kaum. Apa depa dah buat ujian DNA ke yang ngaku Melayu untuk join UMNO tu? Cadangan la nie, buat UMNO, conduct a human genome project utk pastikan semua yang dalam UMNO tu memang tulen darah Melayu..kalau tak sila reject especially MAMAK yang lebih Melayu dari Melayu dan sangat racist...Nasib baik aku darah campuran Arab, Cina,Eropah dan Hindi.....Jadi aku selamanya tak leh join UMNO and the gang..

    BalasPadam
  2. ini bukan pasal kalah dlm Pru13 punya hal... Ini dah kira sakit hati dengan statement exCM Melaka dan PM gamaknya...

    BalasPadam