Seorang pegawai penguatkuasa dari Majlis Daerah Kunak berkata pasukannya
amat gerun untuk memasuki sesetengah kawasan kampung setinggan,
termasuk yang dibina di atas air, kerana sering menerima ancaman ke atas
keselamatan diri mereka.
Menurut Salim Silin, yang mengetuai
jabatan setinggan di majlis tersebut, empat pegawai penguatkuasanya
pernah “diancam dengan pisau, dan diekori” ketika bertugas, oleh
sebahagian daripada kira-kira 6,000 orang yang tinggal di kawasan
tersebut.
Sesetengah kawasan itu juga sukar dimasuki kerana dihubungkan dengan jambatan yang rosak dan laluan sempit.
Selain itu, keselamatan mereka diancam sehingga mereka tidak berani masuk ke kawasan berkenaan, katanya lagi.
Beliau
juga mengakui perkara itu merupakan halangan paling besar dalam
menjalankan tugasnya, apabila ditanya oleh pegawai pengendali RCI
berhubung isu pendatang asing Saba Jamil Aripin.
Tambahnya,
pendatang asing tersebut – termasuk yang memiliki dokumen dan tanpa
dokumen – kebanyakannnya merupakan keturunan Suluk dan Bugis yang
membentuk lebih 70 peratus dariapda penduduk di tujuh kawasan setinggan
di daerah tersebut.
Salim juga berkata, seramai kira-kira 1,000
orang keturunan Bajau Laut yang tidak memiliki dokumen tinggal di satu
kampung air setinggan, Kampung Kunak 3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan