Selasa, 21 Mei 2013

Ini Kisah Benar - Rafizi

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membentangkan lapan salinan laporan polis oleh pengundi di lapan Parlimen seluruh negara yang tidak dapat mengundi pada pilihan raya umum 5 Mei lalu kerana kad pengenalan (IC) mereka diguna oleh pengundi hantu.

“Setakat 17 Mei 2013, lapan orang pengundi tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, bukti-bukti tersebut mengesahkan kewujudan kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

“Perkara ini juga membayangkan keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN,” katanya.

Lapan pengundi yang tampil dengan bukti tersebut termasuk Kamarulzaman Md Adnan dari Parlimen Sungai Petani, Mohd Khir Shaari dari Rembau, Mohd Razmi Khalid dari Kuala Selangor, dan Nor A’risah Ab Yamin dari Serdang.

Turut tampil sebagai saksi, Lee Hou Cyang dari Parlimen Serdang, Sairah Junoh dari Tumpat dan Mohamad Khairul Azhar Yang Ali dari Shah Alam.

Salah seorang saksi, Sairah Junoh dalam laporannya berkata: “Saya ke tempat pengundian DUN Pasir Pekan N03 dan buat semakan SPR. Pihak SPR dapati nama saya dikatakan telah pun mengundi sedangkan saya belum buat pengundian dan jari saya belum dicalit dakwat.”

“Semua saksi terlibat bukan saja di kawasan yang Pakatan kalah, tetapi semua tempat yang memang terdapat aduan berhubung isu ini.

“Kita akan pastikan keadilan kerana kehadiran pengundi hantu meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integriti keputusan PRU 13,” kata Rafizi.

“Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, kita juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk memberi keterangan,” katanya yang turut memberitahu akan membawa lagi bukti kepada rakyat selepas ini.
Dalam pada itu, Rafizi turut mencabar Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan pendirian berhubung penyelewengan dalam pilihan raya.

“Saya mencabar Khairy yang baru dilantik ke Kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52238

9 ulasan:

  1. Ada 10,000 Pengundi Hantu kat Parlimen Pondan, oops Pandan, sebab tu kau boleh menang Rafizi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oi macai bodo..memang hebat la PR pakai pengundi hantu jugak..kahkahkah..dulu kini selamanya mcai penjilat bn abadi. Puiiii!

      Padam
  2. rafiji...awak memang banyak bukti....tapi bersedia lah utk menghadapi peguam bela be end yg lebih banyak bukti....setakat 8 bukti nak cabar 30 kawasan cam ne...

    BalasPadam
  3. selagi spr jadi parti komponen bn selagi tu laa pilihanraya memang tak bole percaya...macai umno je boleh percaya spr tak tipu...

    BalasPadam
  4. Dicadangkan untuk PRU14 ini pihak SPR memasang CCTV di bilik saluran mengundi. Sekiranya tidak mampu, benarkan poling agent untuk merakam setiap pengundi di saluran masing - masing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adalah penting untuk tukar "kepala" dia dulu. Kepala yang sekarang ni bukan tak bagus cuma tak cukup satu perempat lagi. Itu saja.

      Padam
    2. Bagus juga kalau ada cctv ni, boleh counter check dakwaan kes orang lain mengundi bagi pihak kita.

      Padam
  5. Maaf bertanya, bagaimana dgn isu black out, sudah ada data tepat yg boleh di ketengahkan?.

    BalasPadam