BN mampu mengekalkan pentadbirannya di Perak apabila memenangi 31
daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.Namun
kedudukan parti itu dilihat rapuh apabila situasi itu sama
seperti kemenangan tipis Pakatan Rakyat pada 2008 sehingga berlaku
peralihan kuasa apabila tiga ADUN gabungan itu keluar parti.
Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia
terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat
Jering dan Behrang, menjadi ADUN bebas
yang mesra BN.
Kecuali Behrang, dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Pakatan berjaya merampas semula DUN Changkat Jering dan Jelapang.
Meskipun
jauh kemungkinannya potensi untuk wakil rakyat BN melompat parti,
namun kedudukan BN boleh tergugat jika berlaku pilihan raya kecil,
khususnya di DUN yang dimenanginya dengan majoriti tipis.
Antara
kerusi DUN BN yang dilihat goyah dengan majoriti tipis ialah Lubok
Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama
(619).
Seperti pada 2009, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan di seluruh negara berikutan kematian wakil rakyatnya.
Bagaimanapun,
dalam pilihan raya kali ini, terdapat perubahan pola pengundian serta
pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN
berbanding 2008,
lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.
Seperti
di Manjoi dan Pasir Panjang, dalam masa lima tahun, pertambahan
pengundi baru di dua kawasan itu naik mendadak. Di Manjoi, pertambahan
pengundinya naik sehingga 36
peratus. Begitu juga Pasir Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah- purata luar biasa bagi sebuah kawasan kampung.
Berbeza
pada 2008, di Manjoi, pertambahan pengundi hanya tujuh peratus begitu
juga di Pasir Panjang- yang dulunya merupakan kerusi PAS- hanya lapan
peratus.
Purata biasa pertambahan pengundi baru bagi sesebuah
negeri ialah sebanyak 19.6 peratus. Justeru, pemerhati berpendapat,
dengan pertambahan pengundi baru yang begitu ketara
sehingga menimbulkan persoalan menjadi punca dua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.
Di
Changkat Jong pula, antara punca kekalahan PAS di kerusi yang
mempunyai 62 peratus pengundi Melayu itu ialah dengan pertambahan
pengundi baru sebanyak 5,463.
Dengan jumlah majoriti undi yang
meningkat berbanding 2008, hampir separuh daripada jumlah undi pengundi
baru itu pergi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar Jamaluddin
Selain
pertambahan pengundi, BN juga mengalami peningkatan jumlah majoriti
undi di kerusi yang mereka kekal menang iaitu di Kenering (dulu 2,798
kepada 8,216), Selama
(355-619), Kubu Gajah (66-1,085), Batu
Kurau (2,439-3,834), Alor Pongsu (95-2,196), Trong (916-1,804),
Chenderoh (1,039-1567), Belanja (1,887-2,963), Bota
(2,068-3,448), Kampong Gajah (1,416-6,100) dan Slim (3,526-3,853).
Dengan
peningkatan jumlah majoriti itu, pemerhati berpendapat, di kawasan
yang rata-ratanya bahagian utara Perak - majoriti Melayu ini, juga
mempunyai pertambahan
pengundi dan menjadi salah satu faktor kejayaan BN mengekalkan kerusi-kerusi tersebut walaupun dengan majoriti tipis.
Salam Karat E-Hijau
BalasPadamAda sebab lain. Misalnya Changkat Jong. Pergi ke Teluk Intan, mengkomer akan tahu sebabnya.
Kat Rungkup pulak muka yg same je bertanding walaupun dah berkali-kali kalah. Ape, pimpinan x tau ke yg orang2 Rungkup x berkenan dengan calon tu? PR dah xde calon boleh menang kat situ gamaknye... Kalau nepotisme dah meresap dalam perjuangan, mcm mane nak diharap pertolongan Allah? Munkin Yong boleh komen cikit...
BalasPadamKeme bawa isteri mengundi kat sg.manik, sepanjang perjalanan melalui beberapa parit. Keme x jumpa pun bendera parti yg bertanding dgn bn...... mcm hampeh pastu kalah menyalahkan sana sini.....
BalasPadamZam zam ala kazam...
BalasPadam