Sabtu, 4 Mei 2013

Keadilan Kerajaan BN..Majoriti 2/3 Dalam Genggaman...


Laungan PM kepada rakyat setiap hari sampai terpercik air liur dan terbeliak biji mata mengatakan..bahawa BN akan sentiasa berlaku adil kepada rakyat dan mendengar rintihan rakyat sehingga kepada deyutan nadi rakyat...kuah3..apabenda lu cakap ni brooo..lu cakap macam mamat lepas hidu gam beb...gambar kat atas ni keadilan versi apa pulak yang lu nak kata..??Mejar nii cuma nakkan keadilan dalam sistem pilihanraya..yang lu pegi tukar dia apa hal..Takkan sampai tak boleh nak tegur langsung...ini macam gua rasa lu dah macam Firaun Versi 1 Malaysia beb..

 
Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.


"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.


1 ulasan:

  1. inilah perangai umno...salah guna kuasa ... tak tau nak taubat.

    yg menegakkan kebenaran dihukum.

    lingkuplah umno kali ni.

    PRU 13 ... RAKYAT vs BN

    BalasPadam