Jumaat, 31 Mei 2013

Kenyataan Pengarah Paling "Bangang"...

Pengarah Jabatan Imigresen, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata mereka hanya mengikut arahan kerajaan negeri dalam menghalang Nurul Izzah daripada memasuki Sabah.

"Arahan itu diterima dari semasa ke semasa," katanya ketika ditanya mengenai identiti individu lain yang turut dilarang memasuki Sabah.

Seorang pegawai di Jabatan Ketua Menteri berkata, tiada kenyataan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan setakat ini.

Nurul Izzah tiba di sini petang Khamis tetapi tidak dibenarkan memasuki negeri itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Penampang,

Darrel Leiking meminta kerajaan Sabah untuk mengemukakan senarai nama individu yang dianggap sebagai persona non grata atau dilarang daripada memasuki negeri itu.

Beliau berkata, tindakan itu akan menjimatkan masa individu tersenarai daripada berlepas ke Sabah yang hanya dimaklumkan mereka dilarang memasuki negeri itu.

"Kami menghargai kerajaan Sabah mempunyai hak untuk menyekat kemasukan terutamanya pendatang asing atau individu tidak diingini.

"Pada masa sama, kerajaan perlu kemukakan senarai mereka yang dilarang daripada memasuki Sabah. Ia akan menjimatkan masa dan wang bagi mereka yang tersenarai," katanya.

Darrel berkata demikian bagi mengulas tindakan Jabatan Imigresen Sabah yang
menghalang kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar ke negeri itu pada petang Khamis.

Beliau berkata, selain senarai nama-nama individu terbabit, kerajaan negeri juga harus mengemukakan sebab individu itu dihalang memasuki negeri itu.

Darrel berkata kunjungan Nurul Izzah adalah untuk meraikan pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan di Penampang di sini.

"Beliau tidak pernah merasai pengalaman pesta Kaamatan dan tidak sabar untuk meraikannya," kata Darrel.
Jelas beliau, Nurul Izzah sepatutnya menghabiskan masa selama sehari di Kota Kinabalu dan menikmati hidangan makanan laut sebelum berlepas kembali ke Kuala Lumpur pada Jumaat.

2 ulasan:

  1. Apa kata kita suruh pengarah imigresen kat semenanjong ini tahan MP Sabah dan Sarawak
    dari masuk ke Malaysia Barat? Boleh ke?? Atau pun
    suruh aje Sabah dan Sarawak tu tuntut kemerdekaan
    dari BN. Habis cerita!Dasar perangai UMNOYAHUDI!

    BalasPadam
  2. Mcm d amerika pembuat keputusannya adalah yahudi..manakala sabah pembuat keputusannya sulu..lain kali NIA kena minta izin dgn sulu dulu sebelum pergi sabah..

    BalasPadam