Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fendandez pada Khamis membuat
pusingan 'U' apabila menarik balik kenyataan kontroversinya yang meminta
ahli parti itu supaya tidak mengundi PAS pada pilihan raya kali ini.
Fernandez mengulanginya sokongannya terhadap PAS ekoran daripada
jaminan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bahawa
mereka akan berpegang kepada manifeto bersama, yang tidak merangkumi
pelaksanaan hukum Hudud.
Beliau berkata dia tidak dipaksa untuk menarik balik kenyataannya sebelum ini.
Fernandez berkata beliau yakin, kedua-dua pemimpin iaitu Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
akan menyelesaikan isu berkenaan.
Menurutnya pimpinan DAP telah memutuskan mulai sekarang hanya dua
pemimpin berkenaan akan membuat kenyataan mengenai undang-undang hudud.
"Saya akan patuh kepada keputusan berkenaan dan tidak lagi akan
memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. Saya berharap
pemimpin lain juga akan turut bertindak sedemikian," katanya pada sidang
media di sini pada Khamis.
Beliau berkata dia akan mengundi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pulai.
Salahuddin yang sebelum ini melahirkan rasa kecewanya mengenai kenyataan Fernandez turut hadir pada sidang media tersebut.
Beliau bagaiamapun tidak memberi jaminan yang jelas mengenai
pelaksanaan hudud di Johor sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan
negeri.
"Hudud sentiasa menjadi agenda utama PAS dan pemimpin kita telah bersetuju ia tidak sesuai untuk melaksanakannya ketika ini.
"Apabila tiba masanya kita melaksanakannya juga," katanya.
Salahuddin turut menjelaskan bahawa PAS masih belum dapat melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Kenyataan Fernandez sebelum ini menjadi kontroversi apabila dia
menggesa ahli DAP menolak PAS dengan tidak mengundi calon daripada parti
itu pada pilihan raya kali ini.
Beliau berkata rakyat Johor tidak boleh memperjudikan nasib dan masa depan mereka dengan memilih parti Islam itu.
Dengar berita Saiful buat sumpah laknat tahun lalu di Mekah.kenapa bapak dia kata yang lain ? Keliru...........
BalasPadamyang dia susah hati apasal pulak... dok termakan MCA punya auta la tu...
BalasPadam