Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyalahkan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika selepas Pilihan Raya Kecil (PRK)
Kuala Besut ini Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) berkedudukan
16-16 sehingga menyulitkan kedudukan kerajaan negeri itu.
Tuan
Ibrahim berkata, SPR sendiri yang mengatur kawasan pilihan raya secara
genap sehingga memungkinkan kedudukan menjadi seri antara kerajaan dan
pembangkang.
“Takdirnya kedudukan menjadi 16-16 selepas PRK
nanti, kita salahkan kegagalan SPR kerana mengatur kerusi secara genap.
Sepatutnya jumlah kawasan pilihan raya mestilah angka ganjil, baru boleh
dapatkan kemenangan,” katanya dalam sidang media sejurus selepas
mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang hari ini.
Kerusi Kuala
Besut kosong berikutan kematian Adunnya, Dr A Rahman Mokhtar baru-baru
ini. Pada PRU lalu Allahyarham memperolehi 8,809 undi, manakala calon
PAS mendapat 6,375 undi.
Kedudukan dalam Dun Terengganu selepas
PRU13 lalu hanya berbeza dua kerusi antara BN dan Pakatan Rakyat di mana
BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan 15 kerusi.
Jika calon
Pakatan menang dalam PRK Kuala Besut ini bermakna bilangannya akan
menjadi sama banyak iaitu 16:16 dalam Dun yang mempunyai 32 kerusi itu.
Tuan
Ibrahim berkata, PRK ini bukan sahaja sangat penting dan kritikal
kepada kepada PR dan BN, malah tumpuan yang lebih utama ialah kepada SPR
sendiri.
“Penting juga bagi rakyat untuk melihat SPR yang
mengendalikan PRK tersebut nanti sama ada berkeras untuk menggunakan
dakwat kekal yang dianggap kontroversi dan penipuan itu atau bagaimana.
“Bagi kita jika SPR kehilangan idea, kita cadang gunakan inai saja nanti,” katanya.
Sementara
itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, berkata PAS negeri
ini akan menghantar 1,000 petugas melalui tiga fasa dengan Pengarah
Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) dilantik sebagai ketua kotingen PAS
Pahang.
“PAS Terengganu meletakkan PAS Pahang bertugas di unit
peti undi (UPU) Kampung Nangka. Peti undi tersebut pernah dimenangi PAS
dengan majoriti lebih 700 undi pada PRU 1999. Kerajaan PAS dulu banyak
memberikan kelulusan hak milik tanah kepada penduduk.
“Bagaimanapun
dari segi peluang PAS Pusat meletakkannya 50:50 berikutan kawasan yang
kalah pada PRU lepas ialah di Pulau Perhentian, pesisir pantai dan kem
tentera di Gong Kedak sementara kawasan bandar dan pinggir bandar
semuanya dimenangi PAS,” ujarnya.
Mengenai isu, Tuan Ibrahim
berkata pada masa ini penduduk di Kuala Besut sendiri sudah
membangkitkan janji-janji yang dibuat BN semasa PRU dulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan