Ahad, 23 Jun 2013

Tibai Penguatkuasa DBKL...

Kuala Lumpur: Perhimpunan haram pakatan pembangkang di Padang Merbok di sini, semalam, dicemari insiden kekasaran apabila dua penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diserang sekumpulan peserta.

Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, dua penguat kuasa DBKL itu diserang selepas mereka menghalang sekumpulan peserta memasang khemah di padang berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, anggota penguat kuasa DBKL itu cuba melarang sekumpulan peserta perhimpunan haram itu mendirikan khemah di kawasan padang berkenaan.
“Kakitangan DBKL itu dipukul sekumpulan peserta perhimpunan sebelum dibawa masuk ke sebuah van bagi melindungi keselamatan mereka,” katanya memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Pemerhatian mendapati, biarpun penguat kuasa DBKL terbabit dibawa masuk ke dalam van manakala Unit Amal PAS yang menjaga keselamatan perhimpunan berkenaan cuba menenangkan keadaan, sekumpulan peserta masih tidak berpuas hati.

Ada antara mereka dilihat menendang dan mengetuk van berkenaan menyebabkan penguat kuasa DBKL terbabit terpaksa dibawa oleh anggota polis keluar meninggalkan kawasan berkenaan. Keadaan yang kecoh lebih 30 minit itu kembali tenang selepas mereka berjaya dibawa keluar.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan melalui Facebook rasmi PDRM berkata, keadaan perhimpunan di Padang Merbok masih terkawal.

3 ulasan:

  1. SB kot yg buek onar ,,, !!

    BalasPadam
  2. Aku tak setuju pegawai DBKL yang kena lepuk. Lebih sesuai BOS nya. Dia senang-senang duduk dalam pejabat main taik mata. Main arah sana arah sini. Nak keluar tak berani.

    BalasPadam