Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 tahun
penjara dan 10 sebatan terhadap seorang anggota kumpulan hip-hip popular
tahun 2000 selepas didapati bersalah merogol anak tirinya.
Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan
kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi
kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum
menjatuhkan hukuman.
Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di
bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak
dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012.
Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai.
Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa
adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada
kemaluan mangsa.
"Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada
dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan
kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa,” katanya.
Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya ‘menyokong’ pihak pendakwaan.
Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman.
"Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya
telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali
untuk membunuh diri.
"Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia
kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa
episod gelap ini berulang," kata gadis itu sambil menangis ketika
memberi kenyataan.
Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun
membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan
tertuduh untuk dibiarkan bebas.
Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000.
Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan