Ketika ribuan pekerja asing ditahan, ratusan aduan pula timbul berhubung
dakwaan penipuan bernilai jutaan ringgit dalam program pemutihan
pekerja asing 6P.
Oleh kerana mangsa penipuan dibekalkan dengan
salinan dokumen daripada Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri,
ia dibimbangi melibatkan orang dalam kerajaan.
Laporan
polis yang dibuat pada bulan lalu mendakwa, seorang agen sahaja mampu
meraih lebih RM100,000 daripada sekumpulan 26 orang pekerja asing.
Bagaimanapun, pekerja yang diwawancara Malaysiakini-yang enggan namanya disebut-mendakwa, ia sebenarnya hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar.
Mereka mendakwa, terdapat agen menipu kira-kira 200 pekerja asing sekitar kawasan Pudu, Kuala Lumpur sahaja.
Tenaganita,
NGO yang beroperasi di Petaling Jaya mendakwa, seramai 690 orang
pekerja asing melaporkan mereka ditipu oleh pelbagai agen 6P.
Bayaran RM4,000, pasport disimpan
Menurut
laporan polis, agen mengenakan bayaran sekitar RM4,000 untuk setiap
pekerja untuk mendaftar melalui program pemutihan itu.
Antara
mereka, seorang pekerja asing wanita yang berkahwin dengan rakyat
Malaysia-yang tidak termasuk dalam senarai agen sah
kementerian-dilaporkan turut menyimpan pasport original pekerja yang
mendaftar dengannya.
Ekoran
kurang pendidikan dan tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris-serta
status baru tanpa dokumen-hanya 10 peratus tampil membuat laporan polis
berhubung kesulitan mereka itu.
Pengarah Program Tenaganita
Glorene Dass berkata, terdapat kemungkinan ribuan pekerja terjejas
dengan penipuan agen, tetapi masih kurang jelas berapa yang ditahan
dalam operasi yang sedang berjalan.
"Apabila mereka melaporkan kepada kami, kami berikan surat supaya mereka dapat tunjukkan kepada imigresen jika ditangkap.
"Dalam surat itu, kami minta pihak imigresen hubungi kami jika mereka ditahan kerana mereka sudah mengadu ditipu.
"Setakat ini kami tidak dihubungi imigresen, tetapi kami tidak tahu adakah ini bermaksud tiada pengadu yang ditahan."
Nasib yang ditangkap tak jelas
Glorene
berkata, masih tidak jelas apa yang berlaku kepada pekerja asing yang
ditangkap, sama ada didakwa dan dihukum atau dihantar pulang ke negara
asal.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad dilaporkan
berkata, jabatannyanya diarahkan membina pusat tahanan sementara di
Selangor.
Antara
26 pekerja asing yang membuat laporan polis, seorang telah ditanggap
Selasa lepas, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Malaysiakini
pada minggu lalu menghantar e-mel kepada pegawai kementerian berhubung
perkara itu dan masih menunggu jawapannya. Panggilan menggunakan nombor
telefon yang disenaraikan di laman web juga belum berjaya.
Usaha portal yang berkali-kali menghubungi Jabatan Imigresen dan agen yang didakwa menipu itu juga menerima nasib sama.
Identiti
agen dan pegawai kementerian dalam negeri yang didakwa terlibat tidak
didedahkan buat masa ini bagi menunggu respon mereka..MI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan