Ada pulak berita terkini,menyatakan bahawa RON95 akan naik lagi,ini kerana harganya masih rendah kata menteri haprak Umno..Ais Kacang pun dah naik beb..dari RM2.50 kepada RM2.80,belum lagi barang keperluan lain..
Ada pulak menteri Haprak Umno kata.."Tunjukkan saya mana harga barang yang naik itu"..bapak lu beb..mana pernah lu beli barang kat kedai,yang lu tahu melantak di hotel..Macam anak menteri Umno samseng nii la..mana kisah minyak naik beb..pi mampous la lu orang..jadi gua hidup mewah kerana bapak gua menteri beb...
Siapa berani kutuk dan persoalkan gua.??nanti bapak and kepala bapak gua akan cover..gua nak takut apa..Rumah gua 7 juta,lu orang peduli apa..Khir Toyo pun 24 juta,,apa barang beb..yang penting Pemimpin Umno Senang,Kerana Ahli Umno kekal Bangangggggggggggggggggggggggggggggggg.....
PETALING JAYA: NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
menjelaskan dakwaan skandal pembelian banglo mewah bernilai RM7.2 juta.
Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin mendakwa, pihaknya menerima
dokumen pembelian banglo tiga tingkat itu dibuat atas nama anak lelaki
Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nedim Mohamed Nazri.
“Bagi anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, adalah amat meragukan dari sudut kemampuan.
“Bagaimana anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglo
dengan harga yang sedemikian tinggi,” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Badrul berkata, melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam Negeri,
wujud keraguan bagaimana Mohamed Nedim mampu memiliki kediaman mewah
bernilai tinggi berbanding dengan pendapatan yang diisytiharkan.
“Menarik juga dilihat dari dokumen yang diperolehi ialah bagaimana
dalam proses membeli rumah mewah ini pembeli menikmati diskaun
RM500,9444.08 (-7%) selaku bumiputera.
“Orang biasa termasuk pimpinan Umno di peringkat cawangan yang
gila–gila mempertahankan Umno ada yang hanya menikmati diskaun tak
sampai RM10,000 atas nama bumiputera ketika membeli rumah kerana itulah
sahaja kemampuan orang biasa,” katanya.
Badrul yang dikenali Che’guBard mendedahkan, dokumen itu
diperolehinya sejak bulan lalu daripada pihak tidak dikenali lengkap
dengan salinan sebut harga, perjanjian dan gambar aset.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan dokumen yang sengaja
dibocorkan ini ada kaitan dengan pertembungan dalaman Umno menjelang
pemilihan parti Oktober depan.
Katanya, ketika generasi muda kini masih bergelut dengan peningkatan
kos hidup dan dihimpit dengan pelbagai masalah kewangan, Nazri perlu
menjawab bagaimana anaknya mampu membeli aset sedemikian.
“Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank
berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar?
Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit
kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?
“Nasib kita sebagai rakyat biasa, untuk mendapatkan pinjaman bank
bagi membeli kereta kancil atau rumah kos rendah pun bagai nak gila
memanjat tangga dari bank ke bank bagai mengemis,” katanya.
Che’guBard turut mendakwa pihaknya mempunyai beberapa siri dokumen
lagi yang akan didedahkan secara berperingkat, selain beberapa dokumen
lain yang mengaitkan anggota menteri kabinet lain.
Mohamed Nedim sebelum ini dipersoalkan kedudukannya sebagai Pegawai
Khas Menteri Pelancongan, namun dipertahankan Nazri dengan alasan gaji
anaknya itu tidak dibayar oleh kerajaan.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli juga pernah mendedahkan tindakan
Nedim menerima kenderaan mewah ‘hadiah’ daripada seorang jutawan,
Michael Chia dengan diiringi pengawal peribadi.
Michael Chia, ahli perniagaan kayu balak sebelum ini dilaporkan terbabit dalam skandal RM40 juta untuk Umno Sabah.
boleh SPRM siasat secara telus 'without fear or favour' ? rakyat marhaen nak tahu & belajar juga ! ABU jangan lupa !
BalasPadamJanganlah terkejut dengan kontraversi serupa ini. Kerana inilah jenama UMNO sejak dulu pun. Pemimpin joli katak, rakyat miskin kena lanyak. Sokonglah BN lagi.
BalasPadam