Khamis, 5 September 2013

Tengok Nii..Bukan Pecah Panggung..Tapi Panas Punggung...

Susulan kegagalan filem kontroversi Tanda Putera mencecah status pecah panggung, Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mahu ia ditayangkan secara percuma.

Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin berkata persoalan sama ada filem tersebut mendapat sambutan ataupun tidak bukan ukuran sebenar kualiti filem tersebut.

"Soal bagaimana ia nak ditayangkan, kita sudah pun beri pandangan sebelum ini supaya filem ini ditayangkan di sekolah, ditayangkan di tempat awam dan ditayangkan kepada semua Ahli Parlimen dan wakil rakyat.

Zulkifli juga menegaskan filem tersebut wajib ditonton orang ramai bagi mengetahui tentang sejarah sebenar di sebalik rusuhan kaum 13 Mei 1969.

"Pada kita secara prinsip, filem Tanda Putera wajib jadi tontonan rakyat," katanya lagi.
Bagi Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, filem tersebut sememangnya dijangka tidak mendapat sambutan memandangkan genre filem tersebut bukan diminati oleh anak muda.

"Box office di pawagam, kita lihat sekarang ini filem-filem anak muda," kata Ibrahim.
Menurut Ibrahim lagi, faktor lain filem tersebut tidak mendapat sambutan adalah kerana orang ramai telah menontonnya sebelum ini sebelum ia dilancarkan.

"Orang pun bukan tengok di pawagam, saya sendiri pun sudah bawa ia ditonton kepada orang ramai.
"Banyak kali dah saya tayangkan kepada orang ramai, tapi secara senyap-senyaplah," katanya lagi.

Filem kontroversi Tanda Putera yang menelan belanja RM4.8 juta hasil daripada geran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dan Perbadanan Pembangunan Multimedia gagal mencapai status pecah panggung, malah telah dipindahkan ke panggung lebih kecil.

Tanda Putera mencetuskan kontroversi apabila ada adegan di dalamnya dikatakan mengandungi unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Filem itu mendapat kritikan hebat daripada DAP dan MCA kerana filem itu dikatakan seolah-olah menyalahkan kaum Cina sebagai pencetus tragedi 13 Mei 1969. – 5 September, 2013.

4 ulasan:

  1. bangangnya zul nordin dan konco2nya..tak malu nak suruh orang tengok cerita gred porno...

    BalasPadam
  2. filem longkang biarlah yg duduk tepi longkang saja yg menenguknya....

    BalasPadam
  3. aku ingatkan dh aruah si kitol ni..lps 100 hari baru muncul..x pyh le zul..buang masa sj..filem tu bg ahli perkasa tengok free...ok

    BalasPadam
  4. Ada harapan jadi duta pawagam

    BalasPadam